Sunday 23 November 2014

Arghhh...Migrain disertai dengan aura!!! Solusi tanpa ubat

Arghhh...Migrain disertai dengan aura!!!


Hari ini, buat kesekian kalinya, saya diserang migrain sekali lagi. Saya mulai mendapat migrain ini kira-kira 15 tahun yang lepas, sebaik sahaja saya mula melanjutkan pengajian ke matrikulasi diikuti dengan pengajian di universiti. Perubahan corak tidur yang memerlukan saya berjaga malam gara-gara menyiapkan assignment dan tutorial yang menjadi 'makanan' pelajar universiti mengakibatkan saya sering mendapat insomnia dan akhirnya mulai kerap mendapat migrain.

Photo: anishpat.hubpages.com

Punca-punca migrain


Jika dulu migrain yang saya alami lebih kepada hanya denyutan di kepala dan seolah-olah ada gendang yang sedang dipukul di dalam kepala, lama-kelamaan simptomnya semakin teruk. Apabila masuk ke alam pekerjaan sebagai jururawat di sebuah hospital swasta, jadual kerja shift yang tidak menentu juga memburukkan keadaan terutama selepas shift kerja malam.

Selain daripada corak tidur tidak menentu lebih-lebih lagi jika episod insomnia saya menyerang (keadaan insomnia saya menyerang selama kira-kira 1-2 minggu, diikuti oleh tempoh tidur normal ataupun diselangi oleh hypersomnia atau tidur berlebihan), antara punca lain yang saya kenal pasti yang 'trigger' migrain ialah apabila terlalu banyak makan makanan segera seperti burger dan mee segera, ataupun ketika hampir haid. Yang terbaru, saya rasa juga berpunca daripada suntikan perancang kehamilan terutama ketika 2 minggu pertama selepas disuntik.

Biarpun kini migrain jarang datang menyerang (mungkin disebabkan masalah insomnia saya kini sudah hampir dapat diatasi sepenuhnya kira-kira 6 bulan telah berlalu sejak konsisten mengamalkan pengambilan ESP Shaklee), kira-kira 2 minggu lepas saya baru mendapatkan suntikan kedua perancang kehamilan. Sejak itu, saya mulai mengalami tension headache diselangi oleh migrain ringan. Sejak 2 minggu itu juga, saya kembali mengamalkan OsteMatrix Shaklee di samping memang sudah mengamalkan B-Complex Shaklee secara konsisten (disebabkan saya mengambil ESP Shaklee dan susu di samping yogurt, keju serta sayur sebagai sumber kalsium dan magnesium, jadi saya tidak mengambil OsteMatrix Shaklee secara tetap) untuk meredakan sakit kepala yang mengganggu aktiviti harian saya.

Photo: www.kdramastars.com

Migrain dengan Aura Cahaya


Kesilapan terbesar yang saya rasa saya telah lakukan pada hari ini yang menjadi punca 'ledakan' migrain ialah memakan mee segera, kononnya hendak melepaskan gian. Akibatnya, dengan segera sejurus selepas menghabiskan sebungkus mee sup ayam segera Mee Sedappp, saya mulai merasa throbbing pain pada pelipis sebelah kanan (saya dapat merasa salur darah yang kembang kecut di daerah tersebut dengan jari) selain rasa loya dan juga mata mulai berasa berat. Begitu juga, penglihatan saya mulai berbalam disertai dengan kelipan dan silauan cahaya.

Photo: www.migravent.com
Begini lebih kurang aura yang saya alami

Solusi


Cepat-cepat saya menelan 2 biji tablet OsteMatrix Shaklee dan sebiji tablet B-Complex Shaklee (suplemen yang dicadangkan dalam Set Migrain Shaklee). Selepas memaklumkan kepada En. B agar mengambil alih pengurusan anak-anak, saya mengunci diri dalam bilik tidur, membaringkan diri dan menutup mata bagi merehatkan diri. Dapat saya rasakan kepala saya seolah-olah bergerak mengikut rentak denyutan kepala. Saya juga tidak berani membuka mata akibat rasa loya setiap kali 'melihat' silauan cahaya dalam mata.

En. B juga membantu memberi urutan kepala, tengkuk dan belakang badan bagi melegakan otot dan juga dengan harapan dapat melancarkan aliran darah. Alhamdulillah, setelah beberapa jam, simptom-simptom migrain mulai reda dan paling menggembirakan saya, untuk kesekian kali juga, saya tidak lagi perlu mengambil ubat penahan sakit yang kuat seperti dalam tempoh beberapa tahun lepas, malah tidak menelan sebiji pun acetaminophen atau paracetamol (seperti Panadol, Uphamol dan sebagainya).

Semasa menaip entry ini, apa yang tinggal hanyalah 'parut' migrain iaitu mata yang sedikit kemerah-merahan dan sedikit rasa tegang di leher serta denyutan perlahan di belakang kepala. Alhamdulillah, bagi saya ianya suatu kejayaan kerana migrain dengan aura cahaya kali ini tidak berlarutan berhari-hari seperti kebiasaan tahun-tahun lepas dan juga diatasi tanpa ubat. Hanya rehat, minum banyak air, urutan kepala dan belakang badan serta OsteMatrix dan B-Complex Shaklee. Adakalanya saya menambah Cinch Energy Tea Mix Shaklee untuk memberi kelegaan yang lebih baik.


Photo: Shaklee Malaysia

Photo: Shaklee Malaysia

Kesimpulan;


Punca migrain saya:

  • corak tidur tidak menentu
  • pemakanan
  • perubahan hormon sperti sindrom prahaid (PMS) dan perancang kehamilan
Solusi tanpa ubat:
  • rehat
  • urutan kepala, tengkuk dan belakang badan
  • OsteMatrix dan B-Complex Shaklee
  • boleh juga Cinch Energy Tea Mix Shaklee

2 comments:

  1. Saya juga sering sakit kepala... bru nk bli b complex...

    ReplyDelete