Saturday 22 November 2014

Resepi Ringkas: Sup Ayam Berkentang

Resepi Ringkas: Sup Ayam Berkentang


Hidangan sup ayam berkentang ini memang tidak asing lagi, baik dalam masakan Melayu, mahupun Cina malah dalam hidangan Barat. Biarpun dengan ramuan sampingan dan cara penyediaan yang berbeza, ramuan utamanya tetap sama.

Biasanya saya akan membuat sup ayam berkentang ini untuk diri sendiri atau ahli keluarga yang sedang demam atau baru sembuh dari demam. Ini kerana sup ayam berkentang menyediakan kalori, protein, garam elektrolit di samping cecair untuk keperluan tubuh semasa atau setelah sembuh dari demam. Selain daripada itu juga, sup ini lebih sesuai dijadikan pilihan 'comfort food' yang lebih sihat berbanding makanan manis atau berlemak yang biasanya diambil oleh individu yang makan untuk meredakan tekanan.


Sup Ayam Berkentang

Bahan-bahan:



  • 400gm dada ayam, dipotong (boleh juga mana-mana bahagian ayam)
  • 3 biji kentang, dibuang kulit dan dipotong kiub (rendam kentang yang telah dipotong ke dalam air yang diletakkan kira-kira 1 sudu teh garam terlebih dahulu)
  • 5 cawan air
  • 1 senduk minyak masak untuk menumis
  • 5 ulas bawang putih, diketuk
  • 1 inici halia, dihiris halus
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu teh serbuk stok ayam
  • 1 tangkai daun sup, dihiris halus (untuk hiasan dan aroma)

Cara-cara:


  1. Panaskan sedikit minyak masak di dalam periuk.
  2. Tumis bawang putih dan hali sehingga naik bau.
  3. Masukkan ketulan potongan ayam dan kacau sedikit.
  4. Masukkan 1 cawan air dan tutup periuk. Biar pada api sederhana besar.
  5. Setelah daging ayam mula masak, masukkan air selebihnya iaitu sebanyak 4 cawan.
  6. Masukkan kentang, garam secukup rasa dan serbuk stok ayam, kemudian tutup periuk.
  7. Biarkan mereneh pada api sederhana sehingga kentang menjadi empuk.
  8. Rasa semula sup, tambah garam jika perlu.
  9. Setelah kentang empuk, tutup api.
  10. Hidangkan di dalam mangkuk dan tabur hirisan daun sup untuk aroma dan sebagai hiasan.
Sangat ringkas, bukan? 

Selamat mencuba!









***Asyik flu atau demam? Selain daripada sup ayam berkentang ini, apa kata kuatkan imun badan dengan vitamin C, zinc dan vitamin E. Sudah tentu suplemen vitamin dan mineral yang menjadi pilihan ialah Sustained Release Vita-C Plus, Zinc Complex dan Vita-E Complex Shaklee. Anda boleh dapatkan daripada saya, Ms. Kamalia di 019-6311031 (WhatsApp/SMS/Telegram). Thinking about drud-free? Highly recommended, rami yang sudah mencuba dan mengakui keberkesanannya.

3 comments: