Thursday 27 November 2014

Aktiviti Kraf Mewarna Cangkerang Kepah

Aktiviti Kraf Mewarna Cangkerang Kepah


Petang tadi, sempena cuti sekolah, mak mengajak cucu-cucunya (anak-anak) membuat kraf mewarna cangkerang kepah. Bersungguh juga mak menghabiskan duit membeli marker pen berwarna dan penyembur varnis untuk aktiviti ini. Cangkerang kepah ini dikumpul setelah beberapa kali mak dan bapak makan 'umai' kepah (dimakan mentah seperti sushi). Kepah ini diperolehi daripada jualan orang kampung yang menangkap kepah di pantai kuala sungai kampung.


Acha, Acheh dan Yaya yang seronok mewarna di beranda rumah
Cangkerang kepah yang menunggu untuk diwarnakan



Yaya bangga menunjukkan hasil kreativitinya
Penyembur varnis untuk disemburkan pada cangkerang yang selesai diwarnakan

Antara hasil kraf  Kakak Acha

Ini pula antara hasil kerja Mak yang berinspirasikan warna bendera Sarawak

Hasil kerja Acheh
Yang sebelah kiri ditambah warna oleh saya
Yang sebelah kanan hasil penuh Acheh

Ini saya punya hehehe

Antara hasil beramai-ramai yang dijemur

Mujur ada Basic H2™ Organic Super Cleaning Concentrate

Seronok juga anak-anak melakukan aktiviti ini sehingga comot-comot dari baju, muka, tangan dan seluruh badan. Mak budak dan nenek budak pun seronok turut sama mewarna cangkerang-cangkerang kepah tersebut.

Selesai kerja-kerja mewarna, bahagian paling kurang gemar sudah tentu ialah mengemas dan membersihkan kotoran, baik di tempat aktiviti mahupun comot-comot di tubuh badan. Mujur ada Basic H2™ Organic Super Cleaning Concentrate, kerja-kerja membersihkan tangan jadi lebih m udah kerana warna dakwat kekal marker pen dapat ditanggalkan.



15 comments:

  1. Wah, kreatifnya. Cantik pula tu. Aktiviti menarik utk ank2 n keluarga kan? Nice...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak dijadikan ole-ole sendiri sebelum pindah balik ke semenanjung

      Delete
  2. Last time buat aktiviti yg mcm kat atas tu masa darjah 4. hahaa...bertahun lamanya.

    JommSihatDanCantik -> HILANGKAN BLACKHEADS & WHITEHEADS SENDIRI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok, rasa macam kembali jadi budak-budak hahaha

      Delete
  3. Cantik...kreatif ank2 kak lia...pndai....

    ReplyDelete
  4. Bestnya!! Saya paling suka yang hasil acheh yang colorful dan hasil kamalia yang ada bunga tu. Cantikkk :)

    ReplyDelete
  5. Comelnya kraf ni, anak-anak pun happy dapat buat sesuatu yang lain dari yang lain. Jom Lawat Blog Raikankasih 

    ReplyDelete
  6. Aktiviti kreatif sempena cuti sekolah..

    ReplyDelete
  7. Teringst wktu zaman sek dulu,,,.. buat aktiviti nie dgn kawan2... seronok,.. skrg hnya tggl memori indah...

    ReplyDelete