Thursday 25 December 2014

Resepi One-Dish: Kimbap (Korean Seaweed Rice Rolls) Versi Mama Hantek

Resepi One-Dish: Kimbap (Korean Seaweed Rice Rolls) Versi Mama Hantek


Ini merupakan versi teringkas kimbap yang saya buat untuk makan tengah hari anak-anak baru-baru ini. Kimbap menjadi satu cara yang efektif untuk saya dalam memberi sayur-sayuran kepada anak-anak yang memilih sayur. Saya mula-mula membuat kimbap selepas terkena demam drama Korea terutama selepas drama Boys Over Flower, macam sedap je melihat babak Goo Jun-Pyo memakan kimbap yang disediakan oleh Geum Jan-Di (wahh saya masih ingat lagi nama watak-watak). Selepas membuat carian Google, rasanya boleh cuba buat sendiri. Lebih-lebih semasa mengandung anak keempat, saya kerap mengidamkan kimbap.

Saya masih ingat lagi pautan laman web yang saya rujuk semasa mula-mula membuat kimbap dahulu iaitu Beyond Kimchee. Lagipun pelbagai lagi resepi Korea yang boleh diikuti. Adakalanya saya ubah suai mengikut selera (terutamanya selera anak-anak) dalam laman web ini selain kerana bahan-bahan yang agak sukar didapati. Terdapat banyak lagi laman yang menjadi rujukan, namun laman ini tetap attached pada ingatan saya.

Biasanya kimbap (menurut laman-laman web) mencampurkan cuka dan garam ke dalam nasi (seperti nasi yang digunakan dalam membuat sushi), namun saya tidak melakukannya pada kimbap yang saya hidangkan kepada anak-anak kerana mereka tidak menggemari rasanya. Jadi, kimbap saya lebih kepada versi nasi onigiri, lebih edible untuk dinikmati oleh anak-anak.

Kimbap versi Mama hantek

Bahan-bahan:


3 mangkuk nasi (saya guna beras wangi, elakkan beras butir panjang seperti beras basmathi, susah nak potong dan nasi juga tidak melekat)
2-3 keping chicken slices
3 keping grilled seaweed
1 biji telur ayam
1 tangkai sayur salad
Minyak bijan
Garam secukup rasa

*** untuk inti, boleh menggunakan apa-apa sahaja lauk dan sayuran yang disukai asalkan dapat digulung di dalam nasi (contohnya minced chicken goreng kicap, minced beef, hirisan grilled fish cake, hirisan sayur lobak, bak choy, kobis, sawi, terung dan sebagainya). Nak tambah sebanyak mana jenis inti pun boleh.

Peralatan:


Tikar buluh penggulung nasi

Cara-cara:



  1. Sediakan inti - telur digoreng dadar dan dihiris panjang-panjang, chicken slices dibakar dan dihiris panjang-panjang.
  2. Bagi sayur salad pula, celurkan daun salad bersama batangnya ke dalam air mendidih untuk seketika. Perasakan dengan minyak bijan dan sedikit garam.
  3. Hamparkan tikar lapik penggulung nasi dalam talam. 
  4. Lapikkan kepingan grilled seaweed di atas tikar lapik penggulung nasi tadi. Pastikan bahagian permukaan kasar menghadap ke atas dan permukaan licin menghadap ke bawah.
  5. Letakkan nasi di atas grilled seaweed dan tekap sedikit agar kejap. Letakkan nasi kira-kira 3/3 atau 2/3 dari permukaan grilled seaweed, bergantung kepada kuantiti inti (disebabkan inti yang saya sediakan hanya sedikit, saya hanya letak pada 2/3 permukaan sahaja).
  6. Susun inti yang telah disediakan (chicken slices, telur dadar, salad) di atas nasi dari hujung ke hujung (rujuk gambar).
  7. Untuk menggulung, angkat bahagian hujung tikar lapik penggulung nasi yang dekat dengan badan kita dan tolak ke hadapan dan tekan ke dalam.
  8. Biarkan nasi tergulung di dalam kepingan grilled seaweed dan hujung tikar lapik penggulung nasi meluncur ke hujung yang satu lagi (rujuk gambar).
  9. Pada hujung grilled seaweed yang tidak diletakkan nasi, sapukan air bagi membolehkannya melekat agar gulungan nasi tidak terbuka.
  10. Pada permukaan luar kimbap yang telah siap, sapukan dengan minyak bijanbagi mengekalkan kelembapan kepingan grilled seaweed dan kimbap tidak pecah semasa dipotong.
  11. Kerat gulungan kimbap mengikut saiz dan ketebalan yang disukai.
  12. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!






Sekali lagi, dalam masa tidak sampai setengah jam kesemua kimbap ini habis dimakan, dan saya seorang ibu yang gembira anak-anak menghabiskan makan tengah hari mereka bersama sayur. Sejak akhir-akhir ini selera mereka memang bertambah sejak saya memberi mereka Meal Shakes French Vanilla Shaklee. Jadi, jangankan nasi, beri sayur pun insyaallah tiada masalah asalkan sayur itu tidak ketara kelihatan dalam hidangan hihihi...


Klik pada imej untuk pautan koleksi testimoni Meal Shakes French Vanilla untuk kebaikan anak-anak.

 Menambah selera

 Picky-eater

Menguatkan sistem imun

3 comments:

  1. Sedapnya resepi Lia ni. Bolehlah cuba nanti. Lagipun memang tak pernah lagi guna kimbab ni, mesti anak-anak suka.

    Ketahui Makanan Yang Menambahkan Kahak Anak

    ReplyDelete
  2. sedap nya.. dah lama xmakn... nie dah ade resipi, boleh cuba buat sendiri..

    mrskeciksangat.blogspot.com

    ReplyDelete