Tuesday 23 December 2014

Siri Jom Kurus: 10 Tips Mengawal Pemakanan Semasa Perayaan (So this is Christmas!)

Siri Jom Kurus: 10 Tips Mengawal Pemakanan Semasa Perayaan (So this is Christmas!)


Perayaan Krismas sedang menjelang. Sepertimana perayaan lain yang diraikan dengan aktiviti makan-makan seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya Puasa (ironiya setelah berpuasa sebulan, rakyat Malaysia meraikan Hari Raya Puasa sepanjang Syawal - bayangkan aktviti makan-makan selama sebulan!), Gawai, Kaamatan, Deepavali dan sebagainya, begitu juga dengan perayaan Krismas.

Seingat saya semasa masih berkerja di hospital dahulu, minggu-minggu selepas perayaan adalah musim untuk pesakit dengan penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes untuk bertandang di hospital. Ini menandakan insiden lawatan ke hospital sememangnnya berkait rapat dengan aktiviti semasae perayaan - semestinya aktiviti makan-makan.

Biarpun Krismas hanya dirayakan sehari sahaja (jika di Sabah dan Sarawak, perayaan biasanya diraikan sehingga sambutan Tahun Baru), aktiviti makan-makan hidangan yang enak-enak (biasanya tinggi lemak, kolesterol dan garam) dan biasanya diiringi dengan minuman manis, soda atau minuman beralkohol pastinya boleh menjadi 'malapetaka' bagi individu yang berpenyakit kronik atau berisiko tinggi.

Ia juga menjadi medan ujian sebenar bagi pengamal diet terutama yang ingin menurunkan berat badan, sama ada mereka (kita) berjaya mengawal pemakanan sepanjang perayaan atau tidak, dan paling penting, mempunyai pengurusan berat badan yang baik.

Photo: www.xtremefitnessathome.com

Tips-tips berikut diharapkan dapat memberi panduan kepada anda yang ingin mengawal pemakanan semasa Krismas ini nanti.

Photo: www.gpcarguy.com


  1. Makan kenyang-kenyang terlebih dahulu di rumah (semestinya makanan sihat dan seimbang) sebelum memenuhi jemputan ke rumah. Ini dapat mengurangkan godaan mengambil makanan (kek, daging bakar, biskut, dan sebagainya) secara berlebihan.
  2. Alihkan perhatian daripada makanan. Ambil peluang ketika berkunjung ke rumah terbuka untuk mengeratkan perhubungan dengan sanak saudara dan sahabat serta teman-teman berbanding dengan fokus terhadap acara makan-makan.
  3. Makan dengan perlahan. Makan dengan perlahan bukan sahaja dapat mengurangkan amaun makanan diambil, tetapi memberi anda peluang untuk beramah mesra dengan tuan rumah atau tetamu di meja makan.
  4. Jika tuan rumah menyediakan hidangan secara buffet, gunakan pinggan yang paling kecil. Ini akan mengehadkan makanan yang anda ambil. Banyakkan buah-buahan berbanding makanan yang tinggi lemak, kolesterol dan kalori.
  5. Hadkan pengambilan alkohol, atau lebih baik, elakkan mengambil alkohol. Mengambil alkohol menyebabkan anda lebih cenderung untuk makan lebih banyak dan kurang kawalan terhadap pilihan makanan.
  6. Hadkan pengambilan makanan manis kepada hanya satu jenis dan kuantiti yang kecil. Jika di depan anda terhidang kek, biskut, jeli, asikrim dan sebagainya, elakkan keinginan untuk mencuba setiap jenis, sebaliknya pilih yang betul-betul berkenan di hati dan hadkan kepada sebaik-baiknya 3 kali (pakar menyarankan 3 kali - pertama untuk merasa, kedua untuk kepuasan dan ketiga untuk penghabisan). Cara ini memberi lebih kawalan terhadap godaan berbanding dengan menghalang diri sepenuhnya (namun apabila tewas, anda menjadi lebih tidak terkawal).
  7. Jika anda merupakan tuan rumah, banyakkan penyediaan buah-buahan sebagai pemanis mulut berbanding kek, biskut, gula-gula atau cokelat.
  8. Elakkan minuman bergas atau soda berkarbonat. Minuman ini mengandungi kandugan gula yang sangat tinggi. Kebanyakan rumah yang merayakan Krismas pada hari ini turut menyediakan air mineral atau minuman tanpa karbonat, jadi anda boleh pilih untuk mengelakkan minuman soda.
  9. Pilih makanan yang mempunyai banyak cecair seperti sup, buah-buahan dan salad.
  10. Tarik nafas dan bertenang sebelum mengambil makanan. Ini dapat mengelakkan anda mengambil makanan mengikut nafsu dan juga dapat mengekalkan anda dalam motivasi pengurusan berat badan anda.

Photo: whenyouloseyouwin.blogspot.com

Photo: FB KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA



Rujukan:

http://www.webmd.com/diet/features/10-ways-to-avoid-holiday-weight-gain

http://www.health.com/health/gallery/0,,20646043_9,00.html


Turunkan Berat Badan dengan Cinch® Inch Loss Plan

10 comments:

  1. Gitulah selalunya. Bila musim perayaan ja, kita akan makan apa saja. Masalah akan timbul lepas tu.

    ReplyDelete
  2. Kalau perayaan memang tak sah kalau tak makan yang sedap2.dalam hati cakap ala bukan selalu,, tapi penyakit pun cakap balik camtu..hihi

    ReplyDelete
  3. Serius..mmg susah nak komited semasa hari perayaan.banyak naaa makanan best yg susah dpt masa ari biasa

    ReplyDelete
  4. hihi...itu lah yang selalunya terjadi pada kita kan...khusyuk sangat makan sampai tak ingat dunia...sebab musim perayaan lah makanan semuanya sedap-sedap belaka.

    buang masalah angin dalam badan dengan peppermint ginger plus

    ReplyDelete
  5. Bila hari raya memang banyak makanan yang berlemak dan berkolesterol tinggi. Memang dugaan bila nak mengawal nafsu makan tu. Thanks atas tip yang sangat bagus.

    Permainan Kanak-Kanak Zaman Dahulu Yang Menyeronokkan

    ReplyDelete
  6. kalau masa perayaan tiba memang best time makan-makan, tapi setelah habis perayaan sibuk nak kuruskan badan pulak kan....? hehehhe...dah musim perayaan tentunya hidagan semua best-best dan sedap belaka, program diet pun jadi terbantut. Nasib baiklah join shaklee....bolehlah ambik set bakat, buang lemak selepas menjamah hidangan raya.

    Penyusuan Susu Ibu Begitu Istimewa Bagi Ibu Dan Bayi

    ReplyDelete
  7. Susah nk elak makanan waktu musim perayaan ni... memang sedap2... standby je vitamin utk kawal kolesterol tu... hehe

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah setakat ni kalau pergi sambutan perayaan makan ala kadar jer..

    Resepi Air Detox

    ReplyDelete
  9. xkira lah ape jua musim peryaan di Malaysia nie tiba.. memang musnah laa niat untuk berdiet..

    mrskeciksangat.blogspot.com

    ReplyDelete