Tuesday 16 December 2014

Siri Jom Kurus: Kurangkan Risiko Kesihatan dengan Mencegah Obesiti

Siri Jom Kurus: Kurangkan Risiko Kesihatan dengan Mencegah Obesiti

Berat badan berlebihan dan obesiti atau kegemukan bukan hanya meliputi isu kecantikan semata-mata, malah meliputi kesihatan secara keseluruhan dan juga pencegahan risiko penyakit-penyakit kronik yang bertambah dengan setiap penambahan lemak badan berlebihan. Apakah risiko kesihatan dan penyakit kronik yang dapat kita hindari atau cegah dengan setiap pengurangan berat badan yang berlebihan?





Mengurangkan Risiko Penyakit Kardiovaskular


Obesiti atau overweight meningkatkan risiko atherosclerosis, iaitu suatu keadaan salur darah tersumbat oleh plak. Tekanan darah tinggi dan paras kolesterol terutama sekali kolesterol "jahat" (low-density lipoprotein - LDL) serta lemak yang tinggi yang biasanya dihadapi oleh individu obes atau overweight memburukkan lagi risiko atherosclerosis yang menyumbang kepada penyakit kardiovaskular atau penyakit yang berkaitan jantung dan salur darah.

Antara risiko penyakit yang boleh diatasi dengan pengurangan berat badan berlebihan ialah:


  • Penyakit Jantung Koronari


Atherosclerosis menyumbang kepada penyumbatan atau penyempitan salur darah arteri koronari yang membekalkan darah beroksigen kepada otot jantung. Plak yang terdapat di salur darah ini akan mengurang atau menghentikan bekalan salur darah kepada jantung sehingga menyebabkan angina atau sakit jantung (akibat kekurangan oksigen pada otot jantung) atau lebih teruk lagi, serangan jantung (apabila jantung tidak mendapat bekalan oksigen) yang boleh membawa kepada kematian.

Photo: www.medicinenet.com

  • Strok atau Angin Ahmar


Adakalanya plak oleh atherosclerosis akan pecah dan membentuk gumpalan (clot) atau thrombus. Jika gumpalan (clot) atau thrombus ini bergerak dan tersumbat dalam salur darah arteri yang membekalkan darah beroksigen ke otak, ia akan menyebabkan bekalan oksigen terhenti dan menyebabkan strok atau angin ahmar.

Photo: www.talkingaboutmenshealth.com

  • Tekanan Darah Tinggi atau Hypertension


Individu obes atau overweight biasanya terdedah kepada tekanan darah tinggi yang seterusnya menyumbang kepada risiko kesihatan lain.

Penyakit tekanan darah tinggi yang berterusan dalam jangka masa panjang akan merosakkan banyak organ dan sistem badan. Antaranya ialah:

  1. penyakit jantung koronari
  2. lemah jantung, kegagalan jantung
  3. strok
  4. kegagalan buah pinggang
  5. aneurysm (dinding salur darah menjadi lemah akibat tekanan tinggi dan menjadi mudah pecah - jika berlaku di otak, menyebabkan strok jenis pendarahan).
  6. kerosakan salur darah mata (retinopathy), saraf mata (optic neuropathy), choroidopathy
  7. dan banyak lagi komplikasi


Photo: www.drugs.com

Mengurangkan Risiko Diabetes Mellitus Type II


Obesiti meningkatkan risiko diabetes mellitus Type II sebanyak sekali ganda berbanding individu yang tidak obes.

Diabetes merupakan antara penyumbang utama kepada komplikasi serangan jantung, kegagalan buah pinggang, strok, dan buta.

Photo: www.gopixpic.com

Mengurangkan Risiko Kanser


Bagi wanita, kanser yang dikaitkan dengan obesiti ialah kanser rahim, kanser pundi hempedu, kanser pangkal rahim atau kanser serviks, kanser ovari, kanser payudara dan kanser kolon.

Lelaki obes pula cenderung mendapat kanser kolon, kanser rektum, dan kanser prostat.

Photo: specialisthealthcentre.co.uk

Mengurangkan Risiko Penyakit Pundi Hempedu

Obesiti meningkatkan risiko mendapat batu hempedu dan juga pembesaran pundi hempedu yang tidak mampu berfungsi dengan baik. Batu hempedu kebanyakannya terbentuk oleh kolesterol dan menyebabkan sakit di bahagian perut dan belakang yang teruk.

Photo: www.webmd.com

Mengatasi Masalah Sleep Apnea


Lemak berlebihan di sekitar leher individu yang obes akan menyempitkan salur udara dan menyukarkan pernafasan dan sleep apnea. Sleep apnea ialah suatu keadaan apabila pernafasan terhenti seketika atau pernafasan menjadi pendek ketika tidur. Keadaan ini mengganggu kualiti tidur dan menyebabkan kelesuan pada siang hari.

Photo: www.sleepoliveinstitute.com

Mengatasi Osteoarthritis

Osteoarthritis berlaku apabila tisu cartilage yang melindungi hujung tulang pada sendi menjadi haus dan menipis oleh penuaan dan biasanya terjadi di pinggul, lutut dan tulang belakang dan menyebabkan kesakitan. Namun, tekanan oleh berat badan berlebihan mempercepatkan kerosakan pada sendi dan memburukkan keadaan.

Pengurangan berat badan berlebihan akan mengurangkan tekanan pada sendi dan seterusnya mengurangkan kesakitan dan osteoarthritis.

Photo: abc.net.au

Mencegah Komplikasi Semasa Hamil


Satu laporan kajian oleh American Journal of Public Health menyatakan bahawa wanita obes atau overweight mempunyai risiko untuk mendapati komplikasi semasa hamil berbanding wanita yang tidak mengalami obesiti atau overweight.

Antara komplikasi semasa hamil yang mungkin timbul ialah:

  • gestational diabetes
  • pre-eclampsia
  • eclampsia
  • kelahiran secara caesarian
  • bayi terlalu besar

Photo: www.moondragon.org

Terdapat banyak lagi risiko kesihatan yang dapat dicegah hanya dengan pengurangan berat badan berlebihan.

Photo: FB KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


Rujukan:

http://www.nhlbi.nih.gov/health/health-topics/topics/obe/risks

http://www.lifeclinic.com/focus/nutrition/losing-weight.asp

http://www.lifeclinic.com/focus/nutrition/articleView.asp?MessageID=1305

http://www.nhlbi.nih.gov/health/health-topics/topics/cad

http://www.nhlbi.nih.gov/health/health-topics/topics/hbp

http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-pressure/in-depth/high-blood-pressure/art-20045868

http://www.nhlbi.nih.gov/health/health-topics/topics/sleepapnea

http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/osteoarthritis/basics/definition/con-20014749



Turunkan Berat Badan dengan Cinch® Inch Loss Plan

11 comments:

  1. tq akk for sharing...
    rasa takut dan gerun jika obesiti tidak dikawal dengan baik

    ESP DAN GLA PENANGAN UNTUK KULIT CANTIK

    ReplyDelete
  2. bahaya kan bila badan obes. macam-macam penyakit boleh datang sekali.

    ReplyDelete
  3. Good sharing..saya pun takut jugak obes..sekarang ni memanglah BMI ok..nak kena maintain supaya tak obes

    Testimoni Collagen Shaklee Buat Wanita Tidak Percaya

    ReplyDelete
  4. Malaysia mmg dh ramai yg obesiti..mmg merisaukan..takutnya tergolong�� sbb lately byk kenduri so mkn xhengat.tq 4 the info k.lia☺



    Jemput baca: Cara Merawat Luka Melecur Mangsa Kebakaran Dengan Vitamin C

    ReplyDelete
  5. Obesiti mendatangkan bnyk penyakit

    ReplyDelete
  6. Macam2 jenis penyakit merbahaya boleh dapat bila obesiti.terutama penyakit jantung.

    Cara Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Vitamin E

    ReplyDelete
  7. Memang bahaya jika berat badan berlebihan. Selain amalkan supplemen, gaya hidup sihat dan senaman yang bersesuaian dapat membantu mengekalkan berat badan yang ideal.
    6 Kebaikan ESP Yang Buat Hati Tertawan

    ReplyDelete
  8. Banyaknya masalah kalau obes. kena rajin excercise n makan kena kontrol

    JommSihatDanCantik -> ASAL STRESS JERR MAKAN!

    ReplyDelete
  9. Jika badan obesiti nak buat apapun tak boleh...bukan saja mendatangkan pelbagai penyakit tapi juga sukar untuk bergerak...

    pengakuan eksklusif seorang wanita tersalah mengambil produk yang mengandungi bahan kimia

    ReplyDelete
  10. Bagus info yang dikongsikan..kadang2 orang ingat kita nak kurus saje2 jer..padahal kurus juga penting untuk kesihatan..

    Cara Nak Kurus

    ReplyDelete
  11. Risau jugak dengan badan sendiri ni.. makin berisi sudah...

    ReplyDelete