Wednesday 10 December 2014

Siri Jom Kurus: Tingkatkan Kualiti Hidup dengan Berat Badan Sihat

Siri Jom Kurus: Tingkatkan Kualiti Hidup dengan Berat Badan Sihat

Dalam artikel saya sebelum ini [Siri Jom Kurus: Kenapa Saya Perlu Kurangkan Berat Badan yang Berlebihan?], saya telah menyenaraikan sebab-sebab yang boleh dijadikan motivasi untuk memulakan atau meneruskan usaha penurunan berat badan. Kali ini, saya akan senarai dan jelaskan pula apakah kualiti hidup yang akan kita dapat dengan berat badan yang sihat atau apabila berat badan mula menurun. Dengan membayangkan hasilnya pada suatu hari nanti, kita rasa semakin dekat malah kejayaan itu sudah berada dalam genggaman. Jom baca lagi.


jennifer-hudson
Photo: www.health.com

Fungsi otak dan daya ingatan meningkat


Menurut satu laporan kajian oleh www.sciencedaily.com bertajuk Weight loss improves memory and alters brain activity in overweight women, kehilangan berat badan di kalangan wanita obes didapati memberi kesan daya ingatan yang lebih baik dan aktiviti otak lebih aktif terutama di bahagian yang melibatkan daya ingatan atau memori.

Photo: www.nydailynews.com

Satu kajian di Sweden pula menunjukkan otak wanita dengan berat badan berlebihan (BMI 25 dan ke atas) mengalami pengecutan di bahagian temporal yang berkaitan dengan daya ingatan, berbanding dengan wanita dengan BMI normal dapat mengekalkan bilangan sel otak yang sihat. Para penyelidik menyatakan kemungkinan akan penyakit salur darah yang disebabkan oleh obesiti telah menyekat aliran darah ke otak dan membunuh sel-sel otak.

Wajah lebih menarik dan seksi


Semakin lemak yang berlebihan hilang, wajah sebenar anda akan semakin kelihatan. Lemak menyebabkan bentuk wajah hilang kerana bentuk rahang dan tulang pipi tidak kelihatan, malah menyebabkan kepala terus besambung dengan badan akibat lemak yang banyak di leher. Wajah dengan berat badan yang sihat juga kelihatan jauh lebih muda berbanding dengan jika orang yang sama tetapi dengan berat badan berlebihan.

Lihat sahaja wajah pelakon Charlize Theron yang sengaja menambah berat badan untuk filem MOnster (2003) dan kesan berat tersebut pada wajahnya. Bandingkan pula dengan wajah beliau dengan berat badan yang sihat.

Photo: www.theguardian.com

Tiada lagi sakit lutut dan tulang belakang


Kajian mendapati, kehilangan berat badan mengurangkan tekanan pada lutut dan seterusnya mengurangkan risiko osteoarthritis, suaut penyakit radang sendi. Sakit belakang juga dapat diatasi hanya dengan mengurangkan berat badan berlebihan yang memberi tekanan yang tinggi kepada tulang belakang untuk menyokong berat badan.


Photo: www.priesterchiro.com

Dapat bernafas dengan lancar


Kajian University of Ottawa ke atas wanita obes mendapati kehilangan 10% berat badan berlebihan meningkatkan fungsi paru-paru sebanyak 5%, dan penurunan berat sebanyak 25% meningkatkan fungsi paru-paru sebanyak 10%, menjadikan pernafasan lebih lancar dalam aktiviti fizikal harian.

Photo: www.noexcessfat.com

Lebih cergas dalam aktiviti harian


Dengan berat badan yang sihat, anda juga dapat melakukan aktiviti harian dengan lebih cergas dan lancar yang mungkin kelihatan remeh bagi ramai orang tetapi amat memberi makna kepada anda yang pernah mengalami kesukaran-kesukaran tersebut. Antaranya ialah semudah mengangkat barang-barang, menolak troli ketika membeli barang dapur di supermarket, berlari dan bermain dengan anak-anak di taman, dan sebagainya.


Photo: www.tinleypark.org

Seks yang lebih baik


Kehilangan berat badan meningkatkan stamina, kecergasan fizikal, dan juga self-esteem, yang mana merupakan aspek penting yang sangat berkait rapat dengan kualiti seks seseorang. Kehilangan berat berlebihan juga dapat mencegah "buried penis syndrome" atau sindrom penis tenggelam dalam lapisan lemak yang mempengaruhi penetrasi semasa hubungan seks.

Menjimatkan duit


Dengan mengurangkan berat badan berlebihan, anda juga mengurangkan risiko kesihatan peyakti kronik seperti penyakit jantung, stroke, kencing manis dan kanser serta tekanan darah tinggi, malah mengurangkan risiko kesiahtan lain seperti sakit sendi, batu hempedu, rahim jatuh atau tombong (prolapse), hernia, masalah kulit dan sebagainya. Dengan itu, anda dapat mengurangkan kos perubatan dan kesihatan tahunan yang mungkin boleh meningkat disebabkan masalah-malasah kesihatan yang timbul.

Photo: FB KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

....dan banyak lagi kualiti hidup yang lebih baik yang tidak dapat dibayangkan hanya dengan memiliki berat badan yang sihat di samping amalan pemakanan yang sihat serta gaya hidup yang lebih sihat.

Rujukan:










14 comments:

  1. Tak sabar nak kurus seoerti zaman anak dara dulu... Doakan misi saya berjaya ye kak...

    ReplyDelete
  2. Emosi pun lebih stabil bila berat badan ideal. Jom kurus dan sihat bersama Shaklee.

    Pengedar Shaklee Semenyih 

    ReplyDelete
  3. Self esteem pun improve.. Hehe tak la takut di ejek gemuk lagi

    Lecithin vs OmegaGuard

    ReplyDelete
  4. Berat badan yang bersesuaian memang bagus untuk jangka masa panjang..

    Air Detox

    ReplyDelete
  5. Bagi yang nak kurus dan ramping...jom amalkan supplement shaklee yang sememangnya selamat, sihat dan semulajadi.

    panduan dan tips mudah hamil bersama set kesuburan shaklee

    ReplyDelete
  6. Jejom kita sesama bekerja keras untuk kurusss jejoms.... hati kena cekal ya....

    http://supernifzvitamin.com/wordless-wednesday-kucing/

    ReplyDelete
  7. Letih nak bawak badan. Jalan sikit dah mengah. Bila dah kurus, menarik tertarik opkos..hihii

    JommSihatDanCantik -> TIPS: KASUT SESUAI BUAT IBU HAMIL

    ReplyDelete
  8. Sy try kurangkan berat dengan naik turun tangga..sambil2 tu amalkan omega dan herblax.harap2 dapat turun 2 kg

    ReplyDelete
  9. Jommm kurus...amalkan set slimming shaklee

    ReplyDelete
  10. Mudah sangat untuk kurus. Tapi kenapa ramai sangat yang membuatkanya susah. Bila kurus, badan semakin sihat tanpa penyakit. Duit hospital boleh dikurangkan. So tunggu apa lagi.. Jom kurus with Shaklee and eat without guilt.. Layari Aju@VitaSyopz blog di entri Risiko Perniagaan Online dan tindakan perlu diambil

    ReplyDelete