Wednesday 18 March 2015

Tanda-tanda Kemungkinan Keguguran - Bila perlu berjumpa doktor?

Tanda-tanda Kemungkinan Keguguran - Bila perlu berjumpa doktor?


Selalu saya ditanya, 'macam mana ye kalau ada pendarahan sikit, spotting je, perlu tak berjumpa doktor? Saya hamil sudah begini begini bulan'.

Pertama, saya tidak tahu sejarah kehamilan anda. Kedua, jika apa-apa melibatkan kehamilan, sebaiknya terus dapatkan nasihat doktor. Better be safe than sorry, just in case...

Photo: www.huffingtonpost.com

Jadi, di sini saya senaraikan tanda-tanda kemungkinan yang membawa kepada kebimbangan berlakunya keguguran.

Bila nak kena cepat-cepat jumpa doktor:


1. Jika ada pendarahan dengan rasa cramp (macam senggugut) atau sakit di tengah-tengah kawasan bahagian bawah pusat.

2. Jika sakit pada bahagian tepi semasa awal-awal hamil, kemungkinan juga kehamilan luar rahim atau ectopic pregnancy, jadi ini dah kira kes kecemasan. Cepat-cepat la ke hospital.

3. Sakit perut yang teruk, berterusan dan tidak reda-reda berpanjangan lebih daripada sehari walaupun tiada pendarahan dari vagina.

4. Pendarahan yang banyak seperti haid, ataupun pendarahan spotting/staining pada pad yang berterusan melebihi 3 hari.

Bila nak kena terus ke kecemasan hospital:


1. Ada sejarah keguguran (makusdnya pernah gugur sebelum ini) dan ada berlaku pula tanda-tanda di atas.

2. Pendarahan terlalu banyak sehingga penuh satu pad untuk tempih satu jam sahaja.

3. Sakit bahagian bawah perut yang terlalu teruk yang rasa tak boleh nak tahan dah.

4. Apabila keluar ketulan darah, berwarna kelabu atau pink. Ini kemungkinan bermakna keguguran sedang atau sudah berlaku. Berjumpa doktor dapat menentukan jenis keguguran, sama ada complete, incomplete yang memerlukan cuci (D&C) atau masih threatening, yang mana kemungkinan masih boleh diselamatkan.

Apa nak buat jika ada tanda-tanda di atas sementara menanti pertolongan?

Baring dan letakkan kaki tinggi dengan bantal. Jika duduk di kerusi, tinggikan kaki di atas kerusi lain. Bernafas perlahan tetapi dalam. Ini untuk membantu anda bertenang.

Rujukan:

Eisenberg, A., Murkoff, H.E., & Hathaway, S.E. What to expect when you're expecting. New York: Angus & Robertson.

Jika ingin mengetahui suplemen untuk ibu hamil, terutama untuk menguatkan rahim, boleh baca Set Hamil untuk anda

5 comments:

  1. Keguguran memang sesuatu yang menakutkan. Perhatikan tanda-tanda dan dapatkan bantuan pakar perubatan sekiranya ibu ada mengalami tanda -tanda ini.

    ReplyDelete
  2. Sebaiknya mengamalkan set vitamin untuk atasi masalah keguguran ini. Jangan anggap mudah masalah keguguran. Periksakan diri anda ke doktor dan amalkan gaya hidup yang sihat.

    ReplyDelete
  3. Penting utk bakal ibu cepat2 buat pemeriksaan kalau ada apa2 masalah..jgn lengah2 Demi keselamatn anak dan ibu sendiri

    ReplyDelete
  4. risaunya.. kandungan ni belah dalam, kalau ada pelik sikit better lah terus jumpa doktor.

    ReplyDelete