Saturday 20 December 2014

Siri Jom Kurus: Cegah Obesiti, Cegah Diabetes

Siri Jom Kurus: Cegah Obesiti, Cegah Diabetes

Prediabetes, Diabetes dan Obesiti


Menurut pakar perubatan, jika anda seorang yang obes dan mempunyai kencing manis atau diabetes type II, mengurangkan berat badan yang berlebihan dapat membaiki taraf kesihatan anda. 

Begitu juga jika anda seorang yang obes atau overweight namun belum dikesan mempunyai penyakit diabetes type II, awas, majoriti individu obes mempunyai risiko diabetes yang tinggi malah tergolong dalam keadaan mempunyai prediabetes (keadaan paras gula darah tinggi daripada normal namun belum cukup untuk didiagnos sebagai mempunyai diabetes) yang akhirnya boleh bertukar menjadi diabetes jika tidak dikawal dengan baik. Dengan mengurangkan berat badan berlebihan, anda boleh reverse keadaan prediabetes dan seterusnya bebaskan diri dan mencegah daripada mendapat diabetes.

Kajian sebuah institute kesihatan kebangsaan dari US mendapati, kombinasi kawalan pemakanan dan senaman di kalangan individu obes dengan prediabetes dapat mengurangkan risiko diabetes sehingga 58%.

Kajian juga mendapati, setiap pengurangan berat badan sebanyak 5-10% daripada berat asal memberi impak yang besar dalam memberikan kawalan gula darah yang lebih baik. 


Photo: drsimpson.net

Berita baik, sesetengah individu dengan diabetes berjaya menurunkan berat badan dan mendapat kawalan gula darah lebih baik sehingga tidak lagi memerlukan insulin dan ubat-ubatan.


Menurut American Diabetes Association, pengurangan 10-15 paun berat badan yang berlebihan (kira-kira 4.5 - 6.8 kg) dapat:
  • menurunkan paras gula darah
  • mengurangkan tekanan darah
  • memperbaiki paras kolesterol darah
  • mengurangkan tekanan pada buku lali, lutut, pinggul dan tulang belakang.
Photo: www.drfuhrman.com

Pelan Pengurangan Berat Badan di Kalangan Individu Obes dengan Diabetes

Pakar perubatan daripada American Dietetic Association menyatakan bahawa kawalan gula sangat penting ketika program penurunan berat badan. Ini bagi mengelakkan paras gula yang boleh menjadi terlalu rendah atau terlalu tinggi ketika berdiet.

Permulaan yang dicadangkan ialah sebanyak pengurangan sebanyak 500 kalori sehari dari kumpulan protein, karbohidrat dan lemak, Nisbah kalori yang dicadangkan bagi individu dengan diabetes yang ingin menurunkan berat badan ialah;
  • 50-55% karbohidrat
  • 30% lemak
  • 10-15% protein
Photo: www.umhs-sk.org

Tips penting:

  1. Ambil karbohidrat kompleks berbanding karbohidrat ringkas. Contohnya, tukar roti gandum putih kepada roti gandum penuh yang lebih lambat diserap ke dalam darah dan mengelakkan paras gula naik mendadak.
  2. Jangan mengelak mengambil karbohidrat. Karbohidrat penting untuk individu dengan diabetes bagi mengelakkan keadaan ketosis yang merosakkan organ dan sistem badan seperti mata, buah pinggang, jantung dan hati. Ketosis terjadi apabila tubuh tidak mempunyai karobihdrat untuk dibakar dan kemudian beralih kepada lemak sebagai sumber bahan bakar.
  3. Atas faktor itu, Atkins diet (diet yang rendah karbohidrat dan tinggi protein) dan sebarang program diet yang rendah atau tanpa karbohidrat tidak digalakkan untuk individu dengan diabetes.

Cabaran Individu dengan Diabetes dalam menurunkan berat badan


Individu yang mengambil suntikan insulin mempunyai cabaran yang lebih besar jika ingin menurunkan berat badan. Ini kerana mereka bukan sahaja perlu memberi perhatian kepada kemungkinan ketosis, tetapi juga hypoglycaemia atau paras gula yang kurang dalam darah. Individu yang mengambil insulin perlu mengimbangi kandungan kalori yang ingin dikurangkan namun pada masa yang sama perlu makan jika paras gula darah menjadi rendah.

Keadaan hypoglycaemia berlaku apabila paras insulin lebih tinggi daripada paras gula dalam darah hingga menyebabkan paras gula darah turun dengan banyak. Keadaan ini boleh menyebabkan individu tersebut pening, keliru dan menggeletar. Jika keadaan ini tidak dikawal dengan segera (seperti mengambil makanan manis untuk meningkatkan semula paras gula darah), individu tersebut boleh mengalami pitam atau lebih teruk lagi koma.

Photo: viatarian.com

Kesan Senaman ke atas Paras Gula Darah


Antara kebaikan senaman ialah mengimbangi paras gula darah. Ini bermakna anda tidak perlu mengurangkan sehingga 500 kalori sehari, memadai dengan 200-300 kalori dan kemudian membakar lebihan lemak atau kalori melalui senaman, contohnya bermula dengan berjalan selama 20 minit setiap hari. Dengan ini, anda dapat mengurangkan berat badan dengan perlahan, berkesan dan selamat.

Photo: newdiabetesmedication.blogspot.com

Tips Penting:

  • Senaman aerobik menurunkan paras gula darah dengan cepat.
  • Senaman angkat berat atau senaman berintensiti tinggi akan menurunkan paras gula darah selepas beberapa jam kemudian.
  • Anda perlu sentiasa memeriksa paras gula darah setiap kali selepas senaman dan juga menyediakna snek untuk bekalan gula segera yang segera diambil jika perlu.

Photo: health.kernan.org
Photo: umm.edu


Senaman yang tetap dan berterusan mampu mengurangkan dos ubat-ubatan dan insulin yan gperlu diambil kerana senaman memberikan kawalan gula darah yang lebih baik.

Kesimpulannya...

Jika anda seorang diabetes dengan rawatan ubatan, sebelum memulakan sebarang program penurunan berat badan, pastikan anda merujuk pakar dan doktor anda terlebih dahulu untuk menentukan pemakanan dan senaman yang sesuai dan selamat yang perlu diselaraskan dengan insulin yang diambil, ubat-ubatan dan kadar gula darah.

Photo: www.wisegeek.com

Photo: FB KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


Rujukan:

http://www.webmd.com/diabetes/features/diabetes-weight-loss-finding-the-right-path

http://www.endocrineweb.com/conditions/type-2-diabetes/type-2-diabetes-how-lose-weight

http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/prediabetes/basics/definition/con-20024420

12 comments:

  1. kalau nak cuba apa-apa jua tips atau petua kurus tka boleh ikut orang lian kena ikut keadaan tubuh badan kita sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. individu dgn penyakit kronik perlu dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu

      Delete
  2. Info yang sangat bagus tentang kaitan obesiti dan diabetes jenis 2.
    Bermakna bila berat badan berjaya diturunkan, risiko untuk menghidap diabetes juga berkurangan.
    Meraikan Anak Autisme

    ReplyDelete
  3. Yang pasti sebelum didiagnosis pradiabetes,kita kena jaga pemakanan kita terutamanya jika kita mmg dah ada keturunan diabetes atau pola pemakanan yg tidak seimbang contohnya pegambilan gula atau karbohidrat melebihi yang sepatuynya

    ReplyDelete
    Replies
    1. jaga pemakanan dan senaman sesungguhnya mmg sangat penting

      Delete
  4. Obesiti dan diabetes kedua-duanya adalah penyakit yang bahaya...cegah sebelum ia menjadi lebih parah...

    kebaikkan bawang putih pada kesihatan kita

    ReplyDelete
  5. setuju tu.sblm buat apa2 refer yg lebih arif..

    JommSihatDanCantik -> PERBEZAAN SUSU BAYI TAK CUKUP BULAN

    ReplyDelete
  6. Lain orang lain cara dan kesan untuk setiap tips kurus..

    Masker Muka

    ReplyDelete
  7. Terima kasih info yang menarik kak lia. Kalau kita berat sangat ada risiko untuk dapat lencing manis. Jadi baik berjaga-jaga dengan berat badan dan pemakanan. Kalau dah obes tu...faham-faham je la kan....

    Sekurang kurangnya 400 mcg Asid Folik Diperlukan Untuk Ibu Hamil

    ReplyDelete