Monday 22 December 2014

Resepi Side Dish: Daging Lembu Kisar dengan Daun Bawang Masak Kicap (Minced Beef with spring onion in soy sauce)

Resepi Side Dish: Daging Lembu Kisar dengan Daun Bawang Masak Kicap (Minced Beef with spring onion in soy sauce)

Sejak kurang sihat beberapa hari ni, selera saya lebih kepada hendak menikmati bubur, sup dan masakan berkicap (tipikal ada berdarah Cina sikit-sikit). Maka, terhasillah side dish atau hidangan sampingan ini yang enak jika ditambah ke dalam bubur nasi dan ditambah pula dengan sup tulang yang panas-panas.

Minced beef with spring onion in soy sauce
Bubur nasi dengan hidangan minced beef with spring onion in soy sauce, dan ditambah sesame oil



Bahan-bahan:


300gm daging lembu kisar
1/2 inci halia, dihiris halus
1 tangkai cili merah, dihiris
3 ulas bawang putih, diketuk dan dihiris halus
1 ikat daun bawang spring onin, dipotong kira-kira 1 inci panjang
Serbuk lada sulah secukup rasa
Secubit garam
Secubit gula
Kicap cair secukupnya
Sedikit minyak masak untuk menumis

Cara-cara:



  1. Panaskan minyak di dalam kuali atau wok dan tumis bawang putih diikuti oleh halia dan cili merah sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging kisar yang telah ditoskan. Gaul rata.
  3. Masukkan kicap secukupnya dan gaul rata sekali lagi. Tutup dengan tudung kuali dan biarkan daging masak dengan api sederhana.
  4. Setelah jus daging kelihatan meresap keluar dan kuah menjadi pekat, masukkan serbuk lada sulah secukup rasa diikuti dengan secubit garam dan gula. Kacau sekali lagi.
  5. Besarkan api dan masukkan daun bawang. Gaul rata sehingga daun bawang lembut.
  6. Setelah siap, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Anda boleh menikmatinya bersama nasi atau apa jua cara kegemaran, namun saya gemar menikmatinya bersama bubur nasi dan ditambah dengan sedikit minyak bijan (sesame oil). Ianya juga sedap jika ditambah ke bubur nasi yang kemudiannya dituang dengan sup tulang yang agak banyak, memang sesuai untuk orang yang kurang selera makan akibat selsema dan sebagainya. Malah, resepi ini juga sesuai untuk ibu berpantang selepas bersalin.


Selamat mencuba!




Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. * This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

11 comments:

  1. Replies
    1. bergantung ore, kalu tekak segho tok leh gi hok oriental or chinese-style, meme tok leh gi. kalu hok takpo, buleh tra heheh

      Delete
  2. Nampak menyelerakan la kak lia....boleh cuba ni resepi kak lia....pasti sedap....terima kasih sudi kongsi resepi kak lia.

    ReplyDelete
  3. Bole bayang kesedapan makan bubur nasi dengan sup dan resepi ni..sy bab bubur dan sup mmg hantuu habess

    ReplyDelete
  4. Nampak cam sedap jer...nk buatlah..hihi

    ReplyDelete
  5. first time tengok resepi ni..mcam mana agknya rasa dia..

    3 Langkah Untuk Kurus

    ReplyDelete
  6. Aduss..lamak x makan bubur eh.nkah gik daging kisar ya..nang nyaman eh

    ReplyDelete
  7. xpernah masak daging dengan cara nie.. lepas nie boleh cuba..

    mrskeciksangat.blogspot.com

    ReplyDelete