Saturday 11 April 2015

Awas! Bahaya Ubat Pemutih Kulit Beku Darah

Awas! Bahaya Ubat Pemutih Kulit


Baru-baru ini masyarakat, terutamanya pencinta kecantikan gempar dengan kapsul pemutih yang digelar kapsul liang lahad. Ini kerana kapsul yang didakwa mampu memutihkan kulit ini sebenarnya menggunakan tranexamic acid, merupakan ubat yang digunakan di hospital untuk merawat dan menghentikan pendarahan, contohnya dalam kes pendarahan perut.

Add caption

Iklan terbuka


Saya sendiri pernah terjumpa iklan produk pemutih kulit yang menggunakan tranexamic acid ini secara online di Facebook terutamanya. Iklan tersebut secara terang-terangan menyebut bahan yang digunakan ialah tranexamic acid. Sempat pula seller tersebut memberi amaran agar pesakit yang mengambil ubat berkaitan pencair darah dan pesakit jantung adalah tidak disarankan mengambil ubat tersebut.

Anehnya, walaupun dengan amaran yang seller sendiri berikan terutama berkaitan jantung (apa-apa yang berkaitan jantung ini semua serius, okay), terdapat berpuluh-puluh pengguna facebook yang berminat dengan produk tersebut, membuatkan sukar untuk saya mengagak dalam fikiran mereka tentang tahap kesedaran pengambilan ubat secara sesuka hati.

Add caption

Kesedaran pengguna


Mungkin latar belakang saya sebagai pengamal penjagaan kesihatan (biarpun hanya mantan misi) telah membuatkan saya lebih celik mata tentang bahaya ubat, namun saya tetap cuba memakai kaca mata orang awam bagi menyelami penerimaan mereka terhadap iklan-iklan sebegini. Mungkinkah kesedaran orang kita tentang ubat dan suplemen masih jauh rendah?

Pertama kali saya melihat perkataan ‘tranexamic acid’ dipaparkan, saya memang terkejut kerana setahu saya ubat itu hanya digunakan di hospital dan penggunaannya pula adalah terkawal. Bagaimana pula bahan tersebut boleh terlepas dan dengan beraninya seller mendakwa boleh suntik sendiri? Yang saya jumpa tu jenis injection, yang dihebohkan baru-baru ini pula ialah jenis kapsul untuk dimakan, namun bahannya tetap sama.

Setahu saya, untuk memasukkan bahan secara suntikan memerlukan seseorang yang bertauliah dan berlesen untuk melakukannya kepada orang awam, atau pesakit sudah belajar daripada pakar kesihatan sendiri untuk kegunaan sendiri (contohnya menyuntik insulin). Lainlah halnya dengan ‘doktor jadian’ ataupun penagih dadah.

Contoh tranexamic acid untuk injection yang dijual secara online untuk ptuihkan kulit

Jadi, penjualan bahan suntikan begini terang-terang sudah salah. Jangankan tranexamic acid, suntikan vitamin C yang popular sejak sedekad lalu pun sebenarnya tidak mempunyai kelulusan di Malaysia.

Kesedaran masyarakat yang masih rendah dan taksub untuk kelihatan cantik dengan cepat telah membuka peluang kepada  seller pasaran gelap untuk mengaut keuntungan tanpa memikirkan kesan kepada kesihatan pengguna.

Jadi, para pengguna, berhati-hati dengan produk kecantikan yang ingin anda cuba, pastikan sudah diluluskan oleh KKM. Tiada cara cepat untuk kelihatan cantik, melainkan jika anda mahu melakukan pembedahan plastic seperti artis K-Pop! >> Cara natural untuk cerahkan kulit

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. * This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

8 comments:

  1. Betul, kalau orang yang bukan dari bidang perubatan, memang takde idea pasal ni. Jadi sepatutnya mereka perlu buat research ataupun bertanya rakan yang tahu tentang ni terlebih dahulu. Bukan terus beli sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, perlu selidik dahulu sesuatu iklan/viral/berita..malangnya masyarakat kita suka sesuatu yang cepat, tak kira la risiko tu macam mana

      Delete
  2. Pandai-pandai sendiri ni payah..tu pun ada juga manusia yang nak cuba..nauzubillah

    Jemput baca: Pendapatan Buat Para Ibu Di Rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab itu sentiasa perlu rujuk yang pakar. bukan sahaja produk, syarikat yang mengeluarkan juga perlu dipastikan established

      Delete
  3. pemikiran tu kena berubah..sentiasa kena cari info ttg sesuatu produk sebelum ambil. KAdang2 masayarakat luar ni terpedaya dengan ayat manis seller. Maksudnya marketing seller tu bagus kan? Tapi, kita sendiri yang kena sedar dan ambil tahu ttg produk yang kita guna sebelum iamemudaratkan diri.. ILMU itu penting walaupun kita bukan latar belakang perubatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. budaya menyelidik dahulu memang kena ada

      Delete
  4. Ya Allah..takut ooo..silap2 kena kanser tak pasal

    ReplyDelete
  5. sekarang produk pemutih tumbuh bagai cendawan..kesanya cepat tapi jangka masa panjang akan memberi kesan yang memudaratkan..

    3 Langkah Untuk Kurus

    ReplyDelete