Friday 19 December 2014

Resepi Berpantang: Sayur Sawi Rebus Halia

Resepi Berpantang: Sayur Sawi Rebus Halia


Walaupun sekarang saya bukan dalam tempoh berpantang selepas bersalin dan sebagainya, saya tergerak hendak berkongsi resepi berpantang yang enak-enak kepada ibu-ibu berpantang yang sedang mencari variasi resepi. Setelah melalui proses yang sama sebanyak empat kali, saya memahami 'kebosanan' menghadap menu berpantang harian yang sama gara-gara tidak pasti masakan berpantang yang diakui 'selamat' dalam amalan berpantang (biarpun dari segi perubatan, tiada istilah pemakanan berpantang selepas bersalin kerana yang penting hanyalah mendapat keperluan nutrien yang cukup untuk penyembuhan dalaman dan luka luaran).

Namun, saya percaya kita tidak harus mengabaikan kesan psikologi (psikosomatik) yang boleh dialami bagi ibu-ibu yang ragu-ragu (contohnya makanan 'gatal", sedangkan 'gatal' pada luka memang akan berlaku dalam proses penyembuhan luka kerana ianya kesan dalam peringkat inflamasi, dan kita manusia suka mencari sebab akibat jika terasa seperti 'melanggar' sesuatu pantang sosial).

Akan tetapi, saya percaya dengan pantang makanan yang mendatangkan 'angin' terutama kembung. Ini kerana memang terdapat makanan yang menyebabkan gas yang banyak dalam usus penghadaman yang boleh menyebabkan kembung perut akibat tindakan bakteria dalam usus ataupun kandungan makanan itu sendiri, contohnya sayur kobis dan ubi. Keadaan kembung mudah berlaku di kalangan ibu selepas bersalin kerana paras hormon hamil yang masih tinggi yang menyebabkan salur penghadaman menjadi perlahan dan mudah kembung.

Apapun, bagi saya, tidak salah untuk kita cherish saat-saat berpantang itu, salah satunya ialah amalan berpantang dalam pemakanan yang tidak terlampau ekstrem (ekstrem dalam ertikata tidak mengehadkan segala jenis makanan dan minuman sehingga mengalami kekurangan zat makanan dan juga dehidrasi sehingga sembelit dan kurang susu badan). Malah, saya dapati, amalan pemakanan semasa berpantang adalah sihat dan boleh mendidik corak pemakanan kita. Contohnya, berpantang daripada makan burger, pizza, makanan bergoreng dan makanan segera lain, sebaliknya memakan ulam-ulaman yang baik untuk kesihatan, dan juga seperti sayur sawi rebus halia ini. Sekadar pendapat hehehe...

Sayur Sawi Rebus Halia

Jika sedang tercari-cari set berpantang yang dapat mencukupkan keperluan zat ketika berpantang, mencegah sembelit dan luka cepat sembuh, boleh klik ke pautan ini untuk maklumat lanjut [Set Bersalin Shaklee].


Bahan-bahan:



  • 1 ikat sayur sawi, dicuci dan dipotong, bahagian batang dan daun diasingkan
  • 1/2 inci halia, dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih, diketuk dan dihiris 
  • 30gm isi ayam, dihiris (dalam amalan berpantang, sebaik-baiknya gunakan ayam kampung atau ayam organik)
  • 5 sudu makan minyak masak untuk menumis
  • 0.5 liter air yang telah dididihkan 
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Serbuk lada sulah jika suka


Cara-cara:


  1. Panaskan kuali dan minyak.
  2. Tumis halia dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan daging ayam dan kacau sehingga ayam masak.
  4. Masukkan bahagian batang sawi terlebih dahulu.
  5. Masukkan air dan biar sehingga mendidih.
  6. Masukkan sayur sawi selebihnya.
  7. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk lada sulah secukup rasa.
  8. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!


7 comments:

  1. Letak black pepper pun sedap..rasa pedas2 skit kat mulut

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa selalu jugak rebus sawi dgn lada hitam, ikan bilis dan bawang merah je...entry akan datang insyaalah, thanks ingatkan, saya pun dah lupa hihihi

      Delete
  2. menu kegemaran saya semasa pantang..tambah lada hitam lagi utk bangkitkan selera

    KURUS, SLIM DAN KEMPIS PERUT

    ReplyDelete
  3. Masak sayur yg simple tapi menyihatkan ...terima kasih atas perkongsian kak lia...

    ReplyDelete
  4. Saya masa pantang sokmo carrot putih je. Next time boleh cuba sawi rebus halia ni pula :)

    ReplyDelete
  5. Sayur sawi memang sayur wajib ketika pantang hihi. Masak rebus air guna perencah bawang dan ikan bilis pun dah sedap. Kalau bubuh ayam, lagilah sedap rasanya.
    Meraikan Anak Autisme

    ReplyDelete
  6. masa pantang sayur ni jer makan setiap hari..pastu buh lada hitam sampai hitam kuahnya..

    3 Langkah Untuk Kurus

    ReplyDelete