Saturday 4 April 2015

Live dari Kelas Blogging untuk Bisnes online dari rumah untuk Surirumah

Live dari Kelas Blogging untuk Bisnes online dari rumah untuk Surirumah 


Alhamdulillah, sekarang berada di HQ Shaklee di Sunway Pinnacle. Pertama kali datang ke hq Shaklee, hatta branch sekalipun semuanya saya tak pernah pernah pergi.

Sebelum ini semuanya online, segala urusan di hujung jari, online belaka. Daripada mendapat pelanggan, membuat order sehinggalah ke urusan penghantaran, semuanya dilakukan online. Boleh kata saya tak keluar rumah, menyimpan stok barangan (kecuali untuk cash-on-delivery pelanggan-pelanggan sekampung atau sedaerah yang berdekatan) dan sebagainya.

Saya dan anak sulung sempat selfie dalam perjalanan ke HQ

Mak Bisnes yang Awet Muda


Masya Allah, ini juga kali pertama saya berjumpa dengan Neni (gelaran kami kepada beliau), Master Wan Fatihanum yang akan mengongsikan ilmu blogging beliau kepada kami. Beliau memang awet muda, penangan mengamalkan suplemen, terutama Vivix. Umur kami sama, namun kelihatan seperti beliau awal 20-an. Fuiyoo...

Kelas Blogging


Hari ini datang ke HQ untuk sesi kelas blogging untuk online business dari rumah, kelas yang berharga RM800 tetapi dengan group sokongan bisnes yang kuat, saya hanya membayar RM30 sahaja.

Pagi ni anak-anak tanya, " Mama nak pergi kerja ke? Macam dulu-dulu mama pergi kerja tu?".

"Ye sayang, mama pergi kerja, mama pergi kursus", En. B menyampuk.

"Mama pergi 3 jam je. Sekejap je. Lepas ni kita boleh jalan-jalan."

"Yeayyy..."

Sebenarnya boleh je bawa anak-anak ke HQ, sebab ada kemudahan bilik permainan untuk kanak-kanak. Namun, disebabkan dua orang anak saya masih dalam fasa aktif (baru seminggu) chickenpox, sebaik-baiknya untuk anak-anak bermain di tempat awam adalah selepas 2 minggu.

Kepuasan Peribadi - Tidak Perlu Menunggu Berpencen


Best, kan? Saya treat bisnes Shaklee online ni benar-benar sebagai kerjaya, dan pergi ke kelas begini sama seperti pergi kursus berminggu-minggu ketika bekerja makan dahulu.

Apa yang lagi best, gaji yang diperolehi adalah berkadar langsung. Maksudnya, rajin dapat banyak, malas dapat sikit. Kalau makan gaji, rajin malas tu sama banyak dapat. Selepas setahun, check KPI, gaji bergerak mengikut tahunan, dan pencapaian menegak melintang. Akan tetapi, dengan bisnes ini, ianya berkadar langsung, dan semestinya dengan izin Allah.

Perkara yang paling puas hati ialah saya menjadi bos diri saya sendiri. Bagi yang ada yang follow Ig saya di @leekamalia, pasti dapat mengikuti hobi saya dan En. B yang suka berkebun, menternak dan lain-lain aktiviti luar. Setakat ini saya dan suami sedang mengusahakan penternakan burung puyuh secara kecil-kecilan, menanam pokok roselle atau sorrel untuk dijadikan jem, minuman dan sebagainya. Semua impian ini pasti hanya tinggal impian jika kami masih kekal makan gaji di bandar. Kini, kami tidak perlu menunggu pencen baru hendak menghidupkan impian sendiri.

2 comments:

  1. memang best menjadi bos kepada diri sendiri, banyak perancangan perlu buat tapi insyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah Neni....insyaallah..it's a privilege dapat buat ni sebenarnya, tinggal nak buka hati, buka mata, buka minda je hehe

      Delete