Tuesday 2 December 2014

Siri Jom Kurus: Rakyat Malaysia Kini yang Paling Gemuk di Asia

Siri Ingin Kurus: Rakyat Malaysia Kini yang Paling Gemuk di Asia

Dalam artikel oleh akhbar Utusan bertarikh 7 September 2014 bertajuk 'Rakyat Malaysia Paling Gemuk di Asia', Malaysia didapati mempunyai peratusan orang gemuk paling ramai di Asia iaitu sebanyak 45.3%. Kajian itu menyebut kadar obesiti Malaysia adalah merangkumi 44% lelaki dan 49% wanita, menjadikan kadar obesiti Malaysia pada tahap paling tinggi di Asia. Malah, kadar tersebut melebihi kadar obesiti global yang hanya berada pada 30%.

Astro Awani juga pernah mengeluarkan laporan yang sama oleh kajian yang sama iaitu The Lancet, sebuah jurnal perubatan Britain pada 17 Jun 2014.

[Klik pautan Penduduk Malaysia Paling Gemuk di Asia untuk menonton video sisipan berita]

Photo: FB KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Berdasarkan kajian pada 2011 pula, jumlah penghidap penyakit tidak berjangkit (non-communicable disease - NCD) adalah seperti berikut;
  • 15.2% pesakit diabetes
  • 32.7% pesakit darah tinggi
  • 35.0% pesakit kolesterol tinggi

Lonjakan kadar obesiti dari kedudukan ke-6 seluruh Asia


Dalam laporan oleh www.mStar.com.my pada 18 Januari 2013, sebelum ini Malaysia berada pada kedudukan ke-6 di negara dengan penduduk paling gemuk di Asia dan berada pada kedudukan pertama di kalangan negara Asia Tenggara.

Menurut laporan tersebut, kadar ini adalah selepas peningkatan sebanyak 14% berbanding tahun 2006. Kadar NCD seperti kanser, diabetes dan masalah kardiovaskular juga meningkat dengan mendadak sejajar dengan peningkatan kadar obesiti tersebut.

Kesimpulan:


Berdasarkan kedua-dua statistik yang diberikan dalam laporan-laporan di atas, jelas Malaysia mengalami peningkatan bukan sahaja dalam kadar obesiti malah penyakit yang berkaitan dengan obesiti.

Jika tiada langkah drastik diambil, peningkatan penyakit berkaitan akan dilihat terus meningkat sesuai dengan 'gelaran' yang disandang.

Bagaimana dengan anda? Adakah anda tergolong dalam statistik tersebut?


Photo: FB KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Photo: FB KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Artikel-artikel akan datang...

  1. Siri Jom Kurus: Pengertian Obesiti dan Berat Badan Berlebihan (Overweight) Menurut WHO
  2. Siri Jom Kurus: Ketahui Faktor Risiko Obesiti dan Berat Badan Berlebihan
  3. Siri Jom Kurus: Apa itu Body Mass Index (BMI)?
  4. Siri Jom Kurus: Kenapa Saya Perlu Kurangkan Berat Badan yang Berlebihan?
  5. Siri Jom Kurus: Tingkatkan Kualiti Hidup dengan Berat Badan Sihat
  6. Siri Jom Kurus: Tips Pengurusan Berat Badan yang Baik 
  7. Siri Jom Kurus: Cara-cara Mengira Kadar Jantung Sasaran (Target Heart Rates) dalam Senaman
  8. Siri Jom Kurus: Kurangkan Risiko Kesihatan dengan Mencegah Obesiti
  9. Siri Jom Kurus: Koleksi Kata-kata Motivasi ke arah Berat Badan Sihat
  10. Siri Jom Kurus: Cegah Obesiti, Cegah Diabetes
  11. Siri Jom Kurus: Cegah Obesiti, Cegah Kanser

  1. Siri Jom Kurus: Cegah Obesiti, Cegah Risiko Penyakit Berkaitan Jantung dan Salur Darah
  2. Siri Jom Kurus: Faedah dan Kebaikan Senaman
  3. Siri Jom Kurus: 5 Cara Pantas untuk Hilangkan Berat Badan Berlebihan
  4. Siri Jom Kurus: Strategi Berkesan Menghilangkan Berat Badan Berlebihan
  5. Siri Jom Kurus: Kenali Sistem Penghadaman Anda
  6. Siri Jom Kurus: Kenali Makanan Anda
  7. Siri Jom Kurus: Kurus dengan Makan?
  8. Siri Jom Kurus: Jom Berdiet Secara Sihat!
  9. Siri Jom Kurus: Berdiet Tetapi Tetap Gagal
  10. Siri Jom Kurus: Apa itu Metabolisme?
  11. Siri Jom Kurus: Otot dan Metabolisme
  12. Siri Jom Kurus: Bagaimana Hendak Meningkatkan Kadar Metabolisme
  13. Siri Jom Kurus: Jom Bersenam!
  14. Siri Jom Kurus: Mengambil Suplemen Meal Replacement: Berkesan atau tidak?
  15. Siri jom Kurus: Suplemen Hilangkan Berat Badan: Fakta dan Mitos
  16. Siri Jom Kurus: Tingkatkan Pengambilan Buah dan Sayur
  17. Siri Jom Kurus: Kurus dengan Teh Hijau
  18. Siri Jom Kurus: Kurus dengan Lecithin
  19. Siri Jom Kurus: Kurus dengan Suplemen Minyak Ikan Asid Lemak Omega-3
  20. Siri Jom Kurus: Leucine dan Diet untuk Kurus
  21. Siri Jom Kurus: Kenali Apa Itu Fat Burner
  22. Siri Jom Kurus: Lemak untuk Kurus?


Rujukan:



18 comments:

  1. YaAllah menakutkan. Tak sangka malaysia jadi top first.

    ReplyDelete
    Replies
    1. scary kan? pelik, ramai orang miskin tak dapat makan, tapi ramai pula yang gemuk terlebih makan

      Delete
  2. memang pun malaysia tinngi obes..aduhai kena jaga makn..

    Masker Muka

    ReplyDelete
  3. Bahaya jika obesiti.banyak penyakit yg akan dapat nati.jomm cegah obesiti dengan set kurus shaklee

    ReplyDelete
  4. Orang kita nie malas nak bersenam kot. Ada yg makannya tidak brapa tp xturun2 berwt. Ada yg makan banyak tp xnaik2..metabolisma nie kekadang celaru jugak kan.hehee..kena kontrol makan yg sebetolnya

    JommSihatDanCantik -> CARA MEMBUATKAN KULIT MUKA BENAR-BENAR BERSIH

    ReplyDelete
    Replies
    1. perubahan gaya hidup
      org dulu makan sederhana, tapi kuat bekerja
      org sekarang kuat makan, bekerja byk duduk je

      Delete
  5. Gaya pemakanan ssorg tu yg bmasalah.n Tgk la skrg.. Byk fast food.. Pngaruh iklan.. Di kg2 pn dah ad KFC dll.. So.. Smua msyarakat kg ke bndar dah mkn mkann yg Sma.. Itu smua obesity

    SAYA PENGSAN SEMPENA PROMOSI DISEMBER

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab itu perlu ada polisi utk kawal semua ni

      Delete
  6. Terbaik entri ni..ternanti- nanti entri yang akan datang

    Sihat Gagah Kurangkan Risiko Prostat

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah
      boleh beri feedback nak saya godek apa2 ke, insyaallah saya usahakan buat entri

      Delete
  7. Malaysia banyak makanan sedap2 sebab tuu rakyat susah nk kurus..

    ReplyDelete
  8. Bahaya obesiti ni kan...banyak penyakit akan datang pada kita.

    jom buang lemak dengan lecithin shaklee

    ReplyDelete
  9. nehi nehi tak rela gemukss.. tapi sebenanrnya bukanlah sebab apa nak kena jaga kesihatan, kalau gemuk sihat takpe tapi kalau mengundang penyakit kita jugak yg susah...

    ReplyDelete