Friday 5 December 2014

Siri Jom Kurus: Ketahui Faktor Risiko Obesiti dan Berat Badan Berlebihan

Siri Jom Kurus: Ketahui Faktor Risiko Obesiti dan Berat Badan Berlebihan

Obesiti dan berat badan berlebihan terjadi akibat ketidakseimbangan dalam pengambilan kalori dan aktiviti fizikal, iaitu mengambil terlalu banyak kalori (terutama dalam bentuk lemak) namun kurang aktiviti fizikal untuk membakar kalori yang diambil.

Namun begitu, terdapat banyak faktor risiko yang turut menyumbang kepada masalah kegemukan (obesiti dan berat badan berlebihan) ini. Antaranya adalah dari segi faktor tingkah laku individu, faktor persekitaran dan juga faktor genetik atau keturunan. 

Photo: hub.concord.edu

Faktor genetik merupakan satu faktor yang tidak dapat diubahsuai selain umur, jantina, bangsa dan sejarah keluarga.

Manakala faktor yang boleh diubah suai dan dikawal ialah seperti tingkah laku dan persekitaran. Faktor boleh ubah suai inilah yang perlu dapat dikawal dan dicegah sama ada dengan rawatan doktor, perubahan tingkah laku, pemakanan atau kecergasan fizikal.

Faktor-faktor lain mempengaruhi risiko obesiti dan overweight ialah seperti penyakit dan ubat-ubatan yang diambil. Oleh itu, penting untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum memulakan apa-apa program penurunan berat badan seperti perubahan pemakanan dan senaman. Selain dapat mengelakkan kemudaratan yang mungkin timbul, doktor juga dapat menjelaskan sama ada program penurunan berat badan yang ingin dilaksanakan berkesan ataupun tidak.

Faktor Genetik

Kajian mendapati faktor genetik atau keturunan ini berkait rapat dengan terjadinya obesiti. Namun, para pengkaji juga berpendapat, faktor genetik dan tingkah laku yang menyumbang kepada obesiti. Ini kerana corak pemakanan dan gaya hidup yang diwarisi dalam keluarga menjadikannya satu faktor tingkah laku yang diwarisi.

Photo: www.rncasemanager.com

Faktor Tingkah Laku


Faktor tingkah laku ini merangkumi gaya hidup sihat iaitu corak pemakanan, aktiviti fizikal dan faktor piskologi.

  • Corak pemakanan - pemakanan yang tidak seimbang, makanan yang tinggi dengan lemak, kolesterol dan kalori menyumbang kepada risiko obesiti dan overweight

Biarpun individu gemuk kelihatan "sihat" dan tidak mungkin kekurangan zat makanan, para penyelidik mendapati golongan obes sebenarnya mengalami krisis malnutirisi yang teruk yang dikenali sebagai "hidden hunger". 

Photo: www.slideshare.net

"Hidden hunger" ini merupakan suatu keadaan kekurangan vitamin dan mineral yang kronik akibat corak pemakanan yang tidak seimbang. Individu obes terdedah kepada krisis ini kerana habit pengambilan makanan yang tinggi kalori (terutama makanan terproses, makanan ringan) namun kurang atau tiada vitamin dan mineral penting yang diperlukan daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.

  • Aktiviti fizikal - kurang aktiviti fizikal atau tidak banyak menggunakan otot yang membakar kalori juga menyumbang kepada risiko obesiti dan overweight.

Kekurangan aktiviti fizikal seperti tidak bersenam secara teratur untuk membakar kalori yang diambil melalui pemakanan menyebabkan seseorang individu itu terdedah kepada risiko obesiti.

Kesedaran individu tersebut ditambah dengan teknologi menjadikan masyarakat menjadi semakin kurang cergas. Contohnya kewujudan alat kawalan jauh peralatan elektrik dan elektronik menggalakkan individu terus-menerus duduk di sofa atau kerusi tanpa perlu bangun dari tempat duduk dan bergerak. 

Photo: www.surefirecpr.com

Begitu juga dengan kewujudan lif dan eskalator yang menyebabkan masyarakat menjadi kurang berjalan dan lebih banyak berdiri untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. 

Gaya hidup sedentari yang tidak aktif juga berpunca daripada fitrah pekerjaan moden di pejabat yang lebih banyak duduk berjam-jam di tempat kerja berbanding bergerak.

Photo: scienceblog.ie

Oleh itu, hanya kesedaran individu dengan dibantu oleh faktor persekitaran yang memungkinkan kecergasan fizikal kembali. Contohnya, memilih menggunakan tangga berbanding lif dan eskalator dan menetapkan senaman yang teratur sekurang-kurangnya selama 20 minit sebanyak 3 kali seminggu.

  • Faktor psikologi - faktor psikologi yang tidak stabil juga antara faktor utama penyumbang obesiti.

Antara contoh faktor psikologi ialah ketagihan makanan dan makan sebagai "comfort eating" atau makan untuk meredakan tekanan sehingga menjadi berlebihan . Pilihan makanan bagi individu dengan ketagihan atau untuk meredakan tekanan ini biasanya melibatkan makanan yang tinggi dengan lemak, kolesterol, garam dan karbohidrat terutama gula. Keadaan ini memburukkan lagi risiko obesiti dan risiko masalah kesihatan yang meningkat sejajar dengan pertambahan berat badaan.

Photo: tenminutes.ph

Faktor Persekitaran


Faktor persekitaran ini penting yang melibatkan bukan sahaja masyarakat itu sendiri malah polisi yang mampu memberi impak kepada gejala obesiti, antaranya sektor kesihatan, pembangunan urbanisasi dan infrastruktur, kepenggunaan dan sebagainya. Ini kerana faktor persekitaran dan tingkah laku saling berkait rapat. 

Photo: obesecitymovie.com

Begitu juga dari segi pengangkutan, masyarakat kini lebih banyak bergerak dengan duduk di dalam kereta berbanding perlu berjalan kaki atau berbasikal pada zaman dahulu.

Dari segi infrastruktur, misal kata ketiadaan lorong pejalan kaki yang selesa menyebabkan masyarakat lebih gemar bergerak dengan kereta biarpun pada jarak yang dekat.


Photo: www.louieskids.org

Dengan adanya faktor persekitaran yang kondusif yang disokong oleh polisi, tingkah laku individu juga berubah yang memungkinkan masyarakat mempunyai akses kepada pilihan makanan sihat yang lebih banyak (bukan hanya terpaksa menerima pilihan restoran makanan segera dan restoran mamak 24 jam) dan juga kepada kemudahan untuk kecergasan fizikal seperti taman untuk beriadah dan bersenam.

Faktor-faktor lain


  • Faktor penyakit 

Terdapat penyakit yang menyumbang kepada pertambahan berat badan yang berlebihan, contohnya Cushing's syndrome dan polycystic ovary syndrome (PCOS), atau kerosakan otak yan gmenyebabkan tingkah laku makan berlebihan.

Photo: mbc-cushingsyndrome.blogspot.com
Pertambahan berat badan oleh penyakit Cushing's

  • Faktor ubat-ubatan

Ubat seperti steroid dan anti kemurungan boleh menyebabkan kenaikan berat badan.

Langkah Pengurangan Faktor Risiko Obesiti

Faktor risiko obesiti terutama faktor yang boleh diubah suai hanya boleh dikurangkan dengan perubahan sikap dan tingkah laku kepada gaya hidup sihat seperti mengawal pemakanan, makan secara sihat dan seimbang serta meningkatkan kecergasan dan aktiviti fizikal.

Bantuan profesional juga boleh dirujuk sama ada melalui doktor, pakar kecergasan, pegawai pendidikan kesihatan dan sbeagainya.


Photo: FB KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


Rujukan:

,





17 comments:

  1. Takut berat naik..lepas kawen je,berat naik sedikit demi sedikit.mgkin sebab persekitaran.skang sy amalkan eksesais naik turun tangga hingga tingkay 5 tiap hari. Biasalah lif ofis rosak

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. kena kawal mana yang boleh kawal tu hihih

      Delete
  3. takut jugak kalo berat badan naik...mesti sedaya upaya maintainkan...

    PERLUKAH MENGAMBIL VITAMIN C SHAKLEE?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila memahaminya dari peringkat paling asas, ianya memberi kita lebih sebab dan motivasi..ini juga tujuan saya blogging Siri Jom Kurus ni, thanks sudi follow

      Delete
  4. Wahh takut yer obesiti...nak kena kawal pemakanan dari sekarang.

    ReplyDelete
  5. Risaunya Obesiti...Malaysia kan ramai yang dah obes

    Jemput baca: Mengidam Semasa Hamil Kesian Kalau Tak Penuhi

    ReplyDelete
  6. makanan segera tuvkena tinggalkan. then bila dah maka segan plak nak bergerak..

    JommSihatDanCantik -> VITAMIN C DAN BIOFLAVONOIDS

    ReplyDelete
  7. obes dewasa tak kiut...berbanding budak2 nampak mcm kiut.. tp kanak-kanak pun tak patut dibiarkan obes..kesian mereka

    ReplyDelete
  8. Dari obes boleh mengundang pelbagai lagi penyakit lain. Seboleh-bolehnya cegah lah sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  9. Bab alat kawalan jauh tu mcm kena je dengan diri ini...nasib x obes..hihi

    ReplyDelete
  10. Obesiti memang membahayakan kalau tak jaga pemakanan dengan baik...

    set kurus ibu menyusu terbaik dari shaklee

    ReplyDelete
  11. Bab genetik tu memang susah nak elak kan? Apa pun dengan keazaman yang kuat, jaga pemakanan dan senaman yang bersesuaian, semuanya pasti jadi kenyataan.
    Pengedar Shaklee Semenyih 

    ReplyDelete
  12. Yang boleh elak kita elak.. betul tak.. cuba kawal nafsu makan. kalau tak diri sendiri yg merana nanti

    ReplyDelete