Sunday 7 December 2014

Siri Jom Kurus: Apa itu Body Mass Index (BMI)?

Siri Jom Kurus: Apa itu Body Mass Index (BMI)?

Definisi Body Mass Index (BMI)


Body Mass Index (BMI) atau Indeks Jisim Tubuh merupakan satu indeks dengan cara pengiraan nisbah berat (kg) dibahagi dengan tinggi (m) x tinggi (m) {formula (kg/m2)}.

Nisbah ini mengambil kira bahawa semakin tinggi seseorang itu, semakin banyak jisim tisu tubuh individu tersebut. Namun, tisu lemak memberikan indeks yang berbeza dan diukur dengan BMI sebagai panduan secara kasar kepada tahap berat badan ideal, 'kegemukan' 'atau 'kekurusan' seseorang itu. BMI menjadi pilihan popular dalam pengukuran demografi berat badan kerana ianya sesuai digunakan  ke atas kedua-dua kumpulan jantina, lelaki dan perempuan dewasa.

Bagi kanak-kanak berumur 2 - 19 pula, BMI diukur dengan BMI percentile-for-age.



Photo: sleepapneadisorder.info

Pengiraan BMI


Photo: healthsciencedegree.info

Contoh pengiraan BMI:

Puan Q mempunyai ketinggian 1.5m mempunyai berat 55kg.

BMI Puan Q =             55             = 24.44
                             _________
                               1.5 x 1.5

Rujuk pada Jadual BMI di bawah untuk menentukan kategori BMI Puan Q.


Photo: feedmeimcranky.com

Biarpun BMI merupakan pilihan popular, BMI hanya memberi gambaran kasar namun tidak menunjukkan ukuran sebenar jisim lemak. Contohnya, atlit atau individu yang berotot dan sering melakukan aktiviti fizikal yang berat (kerja fizikal, senaman, sukan dan sebagainya) mempunyai BMI yang tinggi namun jisim lemak yang rendah. Ini kerana faktor otot dan tulang yang lebih padat yang memberikan lebih berat daripada lemak.

Namun begitu, BMI tetap menjadi alat penentuukur yang berkesan yang digunakan oleh pengamal perubatan dalam menngesan risiko kesihatan berdasarkan kepada indeks berat badan seseorang individu itu.

Skala BMI


World Health Organisation (WHO) menetapkan julat indeks BMI yang sihat bagi orang dewasa (20 tahun ke atas) ialah 18.5 - 24.9. Skala ini diguna pakai bagi kedua-dua jantina tanpa mengira umur.

Indeks bagi berat badan berlebihan atau overweight ialah 25 - 29.9.

Manakala lebih daripada itu dikategorikan sebagai obesiti dengan pembahagian kepada 3 sub-kategori berdasarkan faktor risiko kesihatan yang dibawa oleh setiap satunya. Sila rujuk rajah berikut untuk klasifikasi BMI.

Photo: www.bmi-formula.org

Menganggar Risiko Kesihatan Berdasarkan BMI


Bagi Extreme Obesity atau Obesity III, doktor dan para penyelidik telah membahagikan lagi kategori di bawah klasifikasi tersebut berikutan peningkatan dalam tahap obesiti ekstrem kebelakangan ini;

  • Obesity III Super Obesity - BMI 50-59
  • Obesity III Super-super Obesity - BMI ?60
Tanpa mengira BMI, rajah berikut menunjukkan gambaran kasar BMI dan faktor risiko yang dihadapi berdasarkan BMI - semakin tinggi BMI, semakin tinggi faktor risiko kesihatan yang menyumbang kepada penyakit kronik (non-communicable disease - NCD) seperti penyakit berkaitan kardiovaskular (jantung dan salur darah), diabetes dan kanser. Peningkatan risiko ini juga bermakna peningkatan dalam risiko kematian awal.


Photo: fatshionelle.wordpress.com

Measurement Tool lain

Selain daripada BMI, cara untuk mengukur lemak tubuh dan menganggarkan risiko kesihatan ialah seperti;
Waist Circumference atau Ukur Lilit Pinggang ini dikira dengan mengukur lilitan pinggang pada paras tulang pinggul paling atas tanpa menekan kulit dengan menggunakan tali kemudian diukur pada pengukur.

Photo: www.otsuka.co.jp

Para penyelidik berpendapat penggunaan Waist Circumference atau Ukur Lilit Pinggang memberikan gambaran risiko kesihatan lebih tepat kerana lokasi lemak adalah lebih penting berbanding jumlah lemak dalam tubuh. 

carta waist circumference
Photo: www.opportunitfitness.com.au

Abdominal adiposity atau pengumpulan lemak di bahagian pinggang dan dada meletakkan seseorang individu dalam risiko masalah kesihatan yang lebih tinggi berbanding individu dengan lemak pada bahagian pinggul dan paha.

Waist to Hip Ratio (WHR) pula diukur dengan;
- mengukur lilitan pinggul yang paling lebar dengan tali yang kemudiannya diukur pada pengukur (hip circumference)
- mengukur Waist Circumference

Nisbah diukur dengan ukuran lilit pinggang dibahagi dengan ukur liit pinggul.

Photo: www.pre-diabetes.com

Formula untuk mengira Waist to Hip Ratio (WHR) atau Nisbah Pinggang ke Pinggul: 

ukur lilit pinggang
_______________
ukur lilit pinggul


Bandingkan hasil pengiraan yang didapati bagi menentukan risiko masalah kesihatan dengan jadual di bawah.

Photo: www.lifetime-weightloss.com


Rajah berikut menunjukkan anggaran risiko kesihatan yang lebih tepat dengan penggunaan BMI dan WHR bersama.

Photo: www.diabetesindia.com
Kini, dengan menggunakan BMI, Waist Circumference dan WHR, anda dapat menentukan kategori berat badan anda dan sama ada anda terdedah dengan risiko masalah kesihatan yang berkaitan dengan berat badan.


26 comments:

  1. Waaa... lemak memang banyak di ternak dah ni. Tak tau lah bile nk kurus ni...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena mula sekarang Tun hehehe Shaklee kan ada, apa kata try Cinch Inch Loss Plan pulak, lepas tu exercise regularly, papling mudah berjalan, berlari, naik turun tangga (buat tangga 3-steps sendiri kat rumah ke) atau skipping. saya suka buat squats dan berbasikal

      Delete
  2. saya sangat2 memerlukan info ni masa ni.nak ukur WHR plak. tapi bacaan ukuran tu dlm inch or cm eh..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. WHR tu ratio, guna dua2 pun boleh, nak senang guna cm, bahagikan W / H, dapat ratio atau nisbah dan boleh rujuk jadual tu

      Delete
  3. Replies
    1. alhamdulillah..boleh la dah kira ni heheh

      Delete
  4. Info yang sangat menarik bagi mereka yang nak kira BMI sendiri.

    manfaat vitamin c yang harus di ketahui umum

    ReplyDelete
  5. Bagus nya info yang sis kongsikan ni tq..

    Resdung atau Sinus

    ReplyDelete
  6. Pengiraan BMI ni bagus supaya kita berada dalm range yang sepattnya..tak melangkau gemuk atau obes..

    Masker Muka

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena set dh berapa range berat kita yg sepatutnya dari BMI ni

      Delete
  7. Alhamdulillah...bmi nabila menteng lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..kena kekalkan prestasi dan teruskan amalan makan secara sihat dan exercise regularly hehehe

      Delete
  8. Alhamdulillah, BMI normal. Jom dapatkan berat badan ideal.
    Pengedar Shaklee Semenyih 

    ReplyDelete
  9. Bmi tak normal kena.cepat2 eksesais dan amalkan supplement shaklee

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan jangan lupa makan secara sihat hehehe

      Delete
  10. Waduhhh bmi saya macam kurus sangat la pulak...hihihi..kena lebih ambik protin gamaknya....thanks kak lia for info yg bermanfaat sangat untuk saya...

    Adakah Anda Salah Satu Dari Mereka Yang Perlukan Vitamin C>

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kena up Meal Shakes tu, kalau ambil ESP, kena byk buat stress-workout untuk bina otot, so tambah berat dari muscle mass, bukan lemak

      Delete
  11. Takut nak kira BMI. Takleh terima kalau dapat result underweight. Haha. Sekarang ikhtiar set tambah berat. Dah cubby sikit i kira.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba buat stress workout juga utk tambah muscle mass. yg penting naik berat secara sihat, bukan tambah lemak

      Delete
  12. Orang kita nie, tak berapa nak amek tahu sangat tentang hal nie semua. Mungkin tak terdedah dengan ni kot..

    JommSihatDanCantik -> PETUA ORANG DULU-DULU 3.0

    ReplyDelete
    Replies
    1. dgn BMI ni kita boleh tetapkan range berat yang sihat

      Delete
  13. Dulu masa anak dara, weight normal. Kini lepas dah kahwin dan beranak pinak, weight asyik terlobih jo. Sebab tu lah i kini on fully breastfeeding dengan harapan berat kembali normal. Tidak dilupa telan Omega, terbaik untuk minda baby dan bakar lemak sekali

    Jom tengok Promosi Berganda Shaklee untuk Disember 2014

    ReplyDelete