Resepi Side Dish: Penkek Gulung Lobak Merah Ala Korean-style
Rasanya sudah lebih sedekad kita dilanda
hallyu atau gelombang budaya Korea. Seingat saya, drama Korea pemangkin utama, diikuti dengan K-Pop. Ingat lagi dengan Autumn in My Heart dan Winter Sonata? Kini, bukan sahaja drama dan muzik, seluruh dunia turut mengikuti budaya makanan, pakaian malah mekap dari negara Timur Asia ini.
Satu perkara yang saya terkesan dengan drama Korea selain daripada plot drama yang dramatik ialah makanan Korea. Tiba-tiba kita menjadi terliur melihat kimbap, bibimbap malah mee segera sekalipun. Beberapa tahun kebelakangan ini saya mendapati diri saya suka menyediakan hidangan dengan inspirasi Korea, antaranya pancake gaya Korea seperti
jeon, pajeon, hotteok, selain
kimbap (
kimbap cara menarik saya dapat pastikan anak-anak mengambil sayuran tanpa sedar). Kesukaran mendapatkan bahan-bahan di Mukah, Sarawak berbanding Kuala Lumpur menyebabkan saya mengubahsuai resepi mengikut bahan yang ada, maka terhasil resepi fusion ala Korean-style hehehe... Oh, saya pun ada set sudu dan
chopsticks serta mangkuk Korea hahaha (sila hadiahkan saya pot tembaga Korea =p).
Penkek lobak merah ini berinspirasikan pajeon atau penkek Korea yang menggunakan
green onion, namun saya tukar kepada lobak merah selain beberapa pengubahsuaian lain. Ini juga merupakan cara yang baik untuk memberi sayur kepada anak-anak yang tidak berapa gemar mengambil sayur.
 |
Penkek Gulung Lobak Merah Korean-style
|