Tempat Makan Best: Riverside Seafood Restaurant, Mukah, Sarawak
Jika anda datang ke Mukah, anda wajib menikmati hidangan makanan laut yang segar. Dan jika anda mencari tempat untuk menikmati makanan laut segar dengan pemandangan yang best, anda wajib mengunjungi Riverside Seafood Restaurant ini.
Restoran makanan laut ini memang telah lama menjadi kegemaran kami sekeluarga. Setiap kali balik ke Mukah, apatah lagi kini menetap di Mukah, kami tidak jemu mengunjungi resotran ini untuk menikmati hidangan makanan laut yang segar dan menjadi signature kepada bandar Mukah. Tidak kira makan tengah hari mahupun makan malam, kami biasanya makan di restoran ini kira-kira 1-2 bulan sekali (diselangi dengan restoran makanan laut lain yang terdapat di Mukah).
![]() |
Pemandangan pintu masuk ke Riverside Seafood Restaurant |
![]() |
Riverside Seafood Restaurant dari tempat parking kereta |
Selain daripada hidangan makanan laut yang segar dan menyelerakan, Riverside Seafood Restaurant ini terletak di tebing sungai Mukah dengan pemandangan taman hutan bakau Tanjung Pedada yang terletak di seberang sungai, bot-bot nelayan dan tongkang yang memudiki sungai, bot penambang yang membawa penumpang menyeberangi sungai dari pasar basah ke jeti kampung di seberang, tokong Cina yang terletak bersebelahan serta pemandangan deretan rumah kampung di tebing sungai Mukah. Adakalanya saya dan anak-anak leka melihat gelagat ikan belacak dan burung pucung yang 'melepak' di tebingan sungai di sekitar kawasan restoran.
![]() |
Pemandangan dari Riverside Seafood Restaurant yang menghala ke muara Sungai Mukah |
![]() |
Pemandangan mudik masuk Sungai Mukah |
Pada hujung minggu lepas, kami mengunjungi restoran ini untuk ke sekian kalinya untuk makan tengah hari. Oleh kerana ianya waktu makan tengah hari, menu yang dipesan juga tidak sebanyak dan seistimewa yang biasanya jika kami makan malam. Lagipun, biasanya kami makan malam di restoran ini ketika ada keraian yang kami ingin sambut seperti ulang tahun kelahiran, atau sekadar family-get-together mahupun sekadar makan malam biasa.
![]() |
Pemandangan dalam restoran |
Antara menu kegemaran yang menjadi pesanan wajib ialah:
- sea cucumber soup atau sup gamat (saya tidak dapat menemuinya di restoran Cina di Kuala Lumpur).
- midin goreng belacan
- ikan kerapu stim kicap halia
- lemon chicken
- buttered prawn
- sotong goreng tepung atau tempura sotong
- ginger beef
Terdapat banyak lagi hidangan menarik lain yang terdapat dalam menu restoran ini, saya hanya sekadar menyebut beberapa kegemaran kami. Antara lain ialah kepah, pelbagai sup, sayur, hidangan ayam, ikan stim, ikan bakar, daging, ayam dan sebagainya.
![]() |
Dekorasi di tengah-tnegah ruang utama restoran |
![]() |
Antara menu yang dipesan Perhatikan midin belacan yang wajib dicuba jika datang ke Sarawak, ianya juga kegemaran saya dan En. B |
![]() |
Sea cucumber soup @ Sup Gamat Hidangan wajib dan kegemaran saya - untuk awet muda |
![]() |
Anak-anak yang gembira menikmati lemon chicken kegemaran mereka dan sup gamat, juga kegemran si kakak, Acha |
Makanan, pemandangan, suasana, dekorasi, layanan memang puas hati dengan harga berpatutan dengan pengalaman menikmati makanan bersama nilai estetikanya. Tahniah!
~~~~~~~~~~~
update: 1 Disember 2014 (Makan tengah hari bersama ibu bapa)
![]() |
Ikan Merah Stim Halia |
![]() |
Midin Goreng Belacan |
![]() |
Lemon Chicken |
Untuk maklumat lebih lanjut tentang restoran ini, anda boleh berkunjung ke Facebook Page Riverside Seafood.
***Jika bimbangkan kadar kolesterol anda namun tetap ingin menikmati seafood kegemaran, dapatkan Phytocol-ST™ Shaklee, atau Set Anti Kolesterol Shaklee dengan menghubungi saya Ms Kamalia di 019-6311031.
Cantiknya pemandangan & sedap2 seafood kat sana ye. Tak pernah lagi menjejakkan kaki ke S/S.. InsyaAllah, next trip nak ke sana la..
ReplyDeleteinsyaallah..
DeleteCantik sungguh ciptaan nya... boleh suh hubby bwk holiday nie...
ReplyDeletesambil enjoy seafood yg sedap hehe
Delete