Aktiviti Kraf Mewarna Cangkerang Kepah
Petang tadi, sempena cuti sekolah, mak mengajak cucu-cucunya (anak-anak) membuat kraf mewarna cangkerang kepah. Bersungguh juga mak menghabiskan duit membeli marker pen berwarna dan penyembur varnis untuk aktiviti ini. Cangkerang kepah ini dikumpul setelah beberapa kali mak dan bapak makan 'umai' kepah (dimakan mentah seperti sushi). Kepah ini diperolehi daripada jualan orang kampung yang menangkap kepah di pantai kuala sungai kampung.
![]() |
Acha, Acheh dan Yaya yang seronok mewarna di beranda rumah |
![]() |
Cangkerang kepah yang menunggu untuk diwarnakan |
![]() |
Yaya bangga menunjukkan hasil kreativitinya |
![]() |
Penyembur varnis untuk disemburkan pada cangkerang yang selesai diwarnakan |
![]() |
Antara hasil kraf Kakak Acha |
![]() |
Ini pula antara hasil kerja Mak yang berinspirasikan warna bendera Sarawak |
![]() |
Hasil kerja Acheh Yang sebelah kiri ditambah warna oleh saya Yang sebelah kanan hasil penuh Acheh |
![]() |
Ini saya punya hehehe |
![]() |
Antara hasil beramai-ramai yang dijemur |
![]() |
Mujur ada Basic H2™ Organic Super Cleaning Concentrate |
Seronok juga anak-anak melakukan aktiviti ini sehingga comot-comot dari baju, muka, tangan dan seluruh badan. Mak budak dan nenek budak pun seronok turut sama mewarna cangkerang-cangkerang kepah tersebut.
Selesai kerja-kerja mewarna, bahagian paling kurang gemar sudah tentu ialah mengemas dan membersihkan kotoran, baik di tempat aktiviti mahupun comot-comot di tubuh badan. Mujur ada Basic H2™ Organic Super Cleaning Concentrate, kerja-kerja membersihkan tangan jadi lebih m udah kerana warna dakwat kekal marker pen dapat ditanggalkan.
Kreatifnya kak lia....
ReplyDeleteIDAMAN SETIAP WANITA
thanks hehehe
DeleteWah, kreatifnya. Cantik pula tu. Aktiviti menarik utk ank2 n keluarga kan? Nice...
ReplyDeleteNak dijadikan ole-ole sendiri sebelum pindah balik ke semenanjung
DeleteWahhh cantiknya..kreatif
ReplyDeleteThanks heheh boleh la try buat
DeleteLast time buat aktiviti yg mcm kat atas tu masa darjah 4. hahaa...bertahun lamanya.
ReplyDeleteJommSihatDanCantik -> HILANGKAN BLACKHEADS & WHITEHEADS SENDIRI
Seronok, rasa macam kembali jadi budak-budak hahaha
DeleteCantik...kreatif ank2 kak lia...pndai....
ReplyDeleteBestnya!! Saya paling suka yang hasil acheh yang colorful dan hasil kamalia yang ada bunga tu. Cantikkk :)
ReplyDeleteComelnya kraf ni, anak-anak pun happy dapat buat sesuatu yang lain dari yang lain. Jom Lawat Blog Raikankasih
ReplyDeletecantiknya k.lia.. kreatif..
ReplyDeleteMesti anak-anak seronok.aktiviti begini
ReplyDeletePertambahan Berat Badan Ketika Hamil
Aktiviti kreatif sempena cuti sekolah..
ReplyDeleteTeringst wktu zaman sek dulu,,,.. buat aktiviti nie dgn kawan2... seronok,.. skrg hnya tggl memori indah...
ReplyDelete