Resepi Ayam: Ayam Masak Serai
Baru-baru ini, tiba-tiba tekak saya terliur nak makan hidangan pedas dan ala-ala sambal. Agak lama juga saya tidak menyediakan hidangan masakan yang pedas gara-gara banyak mengambil kira anak-anak yang tidak gemar makan pedas selain ibu bapa saya yang tidak biasa makan pedas.Kebetulan pula En. B sedang bercuti dan berada di rumah, jadi masa yang sesuai untuk menyediakannya (saya tidak suka makan suatu hidangan yang saya kena makan seorang kerana malah malas kerana merenyahkan untuk menyediakan banyak hidangan namun anak-anak tidak dapat menikmatinya). Maka, terhasillah hidangan ayam masak serai 'campak-campak' mengikut kegemaran sendiri.
![]() |
Ayam Masak Serai |
Bahan-bahan:
- 400gm daging ayam, dipotong
- 3 batang serai, dititik
- 3 ulas bawang putih
- 1 ulas bawang besar @ 3 ulas bawang merah
- 1 labu bawang besar Holland
- 1/4 inci kunyit hidup
- 1/4 inci halia
- 20 tangkai cili kering, digunting dan direndam
- 1 sudu kecil asam jawa
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Serbuk kunyit
- Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
Cara-cara:
- Lumur ayam dengan garam dan sedikit serbuk kunyit. Kemudian, goreng ayam sehingga masak dan kemudian asingkan.
- Tumbuk cili kering, bawang dan kunyit serta halia (boleh juga dikisar, namun saya lebih suka menumbuk kerana En. B gemarkan sambalnya tidak terlalu halus).
- Dalam kuali yang berasingan, tumis bahan-bahan tumis dan serai dengan sedikit minyak masak sehingga naik bau.
- Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul rata. Gunakan api sederhana.
- Taburkan sedikit gula pasir dan gaul rata sekali lagi.
- Setelah itu, masukkan air asam jawa dan kacau sehingga sambalnya meresap ke dalam ayam.
- Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!






Mantappp kak lia ....ayam masak chili ni pasti sedap makan ngan sup kan...? Anak saya memang suka menu ayam macam ni. Terima kasih sudi kongsi resepi kak . ..
ReplyDeleteKurus dengan teknik yang mudah dan berkesan tanpa bahan terlarang
hihih welcome..menjadi juga walaupun campak-campak je
Deletesedapnya akak lia.....
ReplyDeletekena cuba la untuk ank2 tapi kena kurangkan cili la nampaknya
SEJUKKAN BADAN ANAK YANG DEMAM
Sedapnya, nampak senang ja masak. Boleh masuk list. Semalam saya masak bawal sweet sour. First try, google je.
ReplyDeletebolehla masukkan dalam list menu harian ni.. kadang2 pening pikir nak masak apa, asyik resepi yang sama kan..
ReplyDeleteNUTRISI PENTING UNTUK OTAK KANAK-KANAK SEDANG MEMBESAR
hamboii..bestnya ..rajin akk masak...:) mcm2 menu ada..
ReplyDeleteMak aihh..terliur tengok...huhu...adeh..teringat kat masakan mak..nasib baik dh otw balik kg..hehe
ReplyDeleteYang campak2 tu yang sodap kak lia..
ReplyDeleteJommSihatDanCantik -> HILANGKAN BLACKHEADS & WHITEHEADS SENDIRI
mak aiii selera hingga ke hujung dunia ni:)
ReplyDeleteMengancam pedas dia kalau tengok rupa tu!!
ReplyDeleteCara Bernafas Ketika Bersalin
menyelerakan tengok gambar.....rasanya mesti best..
ReplyDeleteIndeks Glisemik Rendah
Wow sedap ni. Bila ayam dah pedas sayurnya kita lebih suka masak air je. :)
ReplyDeleteWah.. Nu Mmg sedap dgn nasik panas ni.. Meletop la kak..
ReplyDeleteTIPS DAPATKAN PERUT KEMPIS
Sedap...tpi kurang pndai masak.. suka ibu masak....
ReplyDelete