Siri Kulit Sihat: Inginkan Kulit yang Lebih Sihat? Vitamin E, Pelindung Kulit
Vitamin E merupakan sejenis vitamin larut lemak yang bersifat antioksidan dan penting dalam perlindungan kulit yang dibekalkan kepada kulit melalui sebum. Dalam kulit, vitamin E terdapat paling banyak dalam lapisan epidermis berbanding dermis. Vitamin E berkumpul di dalam kelenjar sebum sebelum dibekalkan ke lapisan kulit melalui sebum. Vitamin E terdapat paling banyak dalam kulit individu yang penghasilan sebum yang banyak yang biasanya dialami oleh individu dengan kulit jenis berminyak. Vitamin E bertindak pada tahap yang optimum apabila bergabung dengan tindakan vitamin C.
![]() |
Photo: Shaklee Malaysia |
Bagaimana vitamin E memelihara kesihatan kulit?
- Bersifat antioksidan, vitamin E melindungi kulit daripada kesan radikal bebas oleh bahan kimia mengandungi oksigen yang sangat reaktif sehingga merosakkan sel.
- Vitamin E juga menyerap sinaran ultraviolet matahari, dengan ini mencegah radikal bebas yang terhasil daripada sinarran ultraviolet daripada merosakkan kulit.
- Vitamin E juga bersifat anti-radang yang memelihara kulit daripada rosak akibat keradangan.
- Vitamin E memberikan kelembapan kepada kulit.
Sumber kaya dengan vitamin E
Antara sumber makanan yang kaya dengan vitamin E ialah:
- minyak sayuran
- sayuran hijau seperti bayam
- bijirin yang diperkayakan
- telur
- kekacang
Perlukah suplemen vitamin E untuk kulit?
Terdapat 2 faktor utama menurunnya paras kandungan vitamin E dalam kulit kita iaitu:
- sinaran ultraviolet yang menembusi kulit
- penambahan usia
Kajian ke atas manusia bagaimanapun mendapati pengambilan suplemen vitamin E alpha-tocopherol sahaja setiap hari tidak memberi kesan yang signifikan ke atas kulit.
![]() |
Photo: Shaklee Malaysia |
Kombinasi bersama suplemen vitamin C
Namun begitu, beberapa kajian telah menunjukkan kombinasi pengambilan vitamin E bersama suplemen vitamin C memberi perlindungan yang signifikan ke atas kesihatan kulit daripada kerosakan DNA sel oleh sinaran ultraviolet matahari.
Namun begitu, sumber terbaik vitamin E adalah dengan mendapatkannya daripada makanan yang kaya dengan vitamin E.

Tingkatkan imun badan dengan Kebaikan Vitamin E
Rujukan:
![]() |
Photo: www.healthdigezt.com |
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ingin mendapatkan Vita-E Complex Shaklee?
Anda juga boleh melakukan belian sendiri secara online.
Klik untuk belian online sendiri. Kad kredit/ debit diperlukan.
***Hubungi saya untuk konsultasi cara pengambilan produk yang betul dan berkesan.
atau boleh juga hubungi saya untuk konsultasi dan pembelian produk, atau untuk menyertai KEAHLIAN SHAKLEE
Call SMS WhatsApp 019-6311031
Facebook : Kamalia Auderina Lee
Facebook Page : Set Bersalin Mesra Breastfeeding
Email: leekamalia@gmail.com
No comments:
Post a Comment