Cara-cara Mengajar Anak Memberus Gigi (Part 1)
 |
Photo: www.thekidswindow.co.uk |
Saya pasti ramai yang bertanya dengan Mr. Google cara-cara mengajar anak memberus gigi. Tidak kurang banyak artikel ilmiah, laman web oleh doktor gigi, produk penjagaan gigi yang berkongsi kepentingan penjagaan gigi, cara-cara mengajar anak memberus gigi, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, apabila terlalu rumit, ibu bapa biasanya mengalami
rage..."ahhh susahnya"...dan kemudian langsung tidak ambil peduli. Kasihannya gigi si anak, rongak sebelum masa yang membawa kepada masalah gigi berlubang, sakit gigi, bengkak gusi, malah lebih parah, mendapat penyakit di bahagian tubuh lain akibat jangkitan daripada gigi atau gusi yang rosak dan telah dijangkiti kuman!
Sebagai ibu kepada 4 anak, saya melalui pelbagai peringkat mengajar anak pelbagai perkara asas penjagaan diri termasuk cara-cara memberus gigi.
Peringkat pertama saya gelarkan peringkat skema, memang "ikut buku" tanpa mengambil kira faktor anak itu sendiri - bersedia atau tidak untuk mengikut cara yang kita ajar.