Siri Jom Kurus: Kurangkan Risiko Kesihatan dengan Mencegah Obesiti
Berat badan berlebihan dan obesiti atau kegemukan bukan hanya meliputi isu kecantikan semata-mata, malah meliputi kesihatan secara keseluruhan dan juga pencegahan risiko penyakit-penyakit kronik yang bertambah dengan setiap penambahan lemak badan berlebihan. Apakah risiko kesihatan dan penyakit kronik yang dapat kita hindari atau cegah dengan setiap pengurangan berat badan yang berlebihan?Mengurangkan Risiko Penyakit Kardiovaskular
Obesiti atau overweight meningkatkan risiko atherosclerosis, iaitu suatu keadaan salur darah tersumbat oleh plak. Tekanan darah tinggi dan paras kolesterol terutama sekali kolesterol "jahat" (low-density lipoprotein - LDL) serta lemak yang tinggi yang biasanya dihadapi oleh individu obes atau overweight memburukkan lagi risiko atherosclerosis yang menyumbang kepada penyakit kardiovaskular atau penyakit yang berkaitan jantung dan salur darah.
Antara risiko penyakit yang boleh diatasi dengan pengurangan berat badan berlebihan ialah:
- Penyakit Jantung Koronari
Atherosclerosis menyumbang kepada penyumbatan atau penyempitan salur darah arteri koronari yang membekalkan darah beroksigen kepada otot jantung. Plak yang terdapat di salur darah ini akan mengurang atau menghentikan bekalan salur darah kepada jantung sehingga menyebabkan angina atau sakit jantung (akibat kekurangan oksigen pada otot jantung) atau lebih teruk lagi, serangan jantung (apabila jantung tidak mendapat bekalan oksigen) yang boleh membawa kepada kematian.
Photo: www.medicinenet.com |
- Strok atau Angin Ahmar
Adakalanya plak oleh atherosclerosis akan pecah dan membentuk gumpalan (clot) atau thrombus. Jika gumpalan (clot) atau thrombus ini bergerak dan tersumbat dalam salur darah arteri yang membekalkan darah beroksigen ke otak, ia akan menyebabkan bekalan oksigen terhenti dan menyebabkan strok atau angin ahmar.
Photo: www.talkingaboutmenshealth.com |
- Tekanan Darah Tinggi atau Hypertension
Individu obes atau overweight biasanya terdedah kepada tekanan darah tinggi yang seterusnya menyumbang kepada risiko kesihatan lain.
Penyakit tekanan darah tinggi yang berterusan dalam jangka masa panjang akan merosakkan banyak organ dan sistem badan. Antaranya ialah:
- penyakit jantung koronari
- lemah jantung, kegagalan jantung
- strok
- kegagalan buah pinggang
- aneurysm (dinding salur darah menjadi lemah akibat tekanan tinggi dan menjadi mudah pecah - jika berlaku di otak, menyebabkan strok jenis pendarahan).
- kerosakan salur darah mata (retinopathy), saraf mata (optic neuropathy), choroidopathy
- dan banyak lagi komplikasi
Photo: www.drugs.com |
Mengurangkan Risiko Diabetes Mellitus Type II
Obesiti meningkatkan risiko diabetes mellitus Type II sebanyak sekali ganda berbanding individu yang tidak obes.
Diabetes merupakan antara penyumbang utama kepada komplikasi serangan jantung, kegagalan buah pinggang, strok, dan buta.
Photo: www.gopixpic.com |
Mengurangkan Risiko Kanser
Bagi wanita, kanser yang dikaitkan dengan obesiti ialah kanser rahim, kanser pundi hempedu, kanser pangkal rahim atau kanser serviks, kanser ovari, kanser payudara dan kanser kolon.
Lelaki obes pula cenderung mendapat kanser kolon, kanser rektum, dan kanser prostat.
Photo: specialisthealthcentre.co.uk |
Mengurangkan Risiko Penyakit Pundi Hempedu
Obesiti meningkatkan risiko mendapat batu hempedu dan juga pembesaran pundi hempedu yang tidak mampu berfungsi dengan baik. Batu hempedu kebanyakannya terbentuk oleh kolesterol dan menyebabkan sakit di bahagian perut dan belakang yang teruk.Photo: www.webmd.com |
Mengatasi Masalah Sleep Apnea
Lemak berlebihan di sekitar leher individu yang obes akan menyempitkan salur udara dan menyukarkan pernafasan dan sleep apnea. Sleep apnea ialah suatu keadaan apabila pernafasan terhenti seketika atau pernafasan menjadi pendek ketika tidur. Keadaan ini mengganggu kualiti tidur dan menyebabkan kelesuan pada siang hari.
Photo: www.sleepoliveinstitute.com |
Mengatasi Osteoarthritis
Osteoarthritis berlaku apabila tisu cartilage yang melindungi hujung tulang pada sendi menjadi haus dan menipis oleh penuaan dan biasanya terjadi di pinggul, lutut dan tulang belakang dan menyebabkan kesakitan. Namun, tekanan oleh berat badan berlebihan mempercepatkan kerosakan pada sendi dan memburukkan keadaan.
Pengurangan berat badan berlebihan akan mengurangkan tekanan pada sendi dan seterusnya mengurangkan kesakitan dan osteoarthritis.
Photo: abc.net.au |
Mencegah Komplikasi Semasa Hamil
Antara komplikasi semasa hamil yang mungkin timbul ialah:
- gestational diabetes
- pre-eclampsia
- eclampsia
- kelahiran secara caesarian
- bayi terlalu besar
Photo: www.moondragon.org |
Terdapat banyak lagi risiko kesihatan yang dapat dicegah hanya dengan pengurangan berat badan berlebihan.
Photo: FB KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA |
Rujukan:
http://www.nhlbi.nih.gov/health/health-topics/topics/obe/risks
http://www.lifeclinic.com/focus/nutrition/losing-weight.asp
http://www.lifeclinic.com/focus/nutrition/articleView.asp?MessageID=1305
http://www.nhlbi.nih.gov/health/health-topics/topics/cad
http://www.nhlbi.nih.gov/health/health-topics/topics/hbp
http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-pressure/in-depth/high-blood-pressure/art-20045868
http://www.nhlbi.nih.gov/health/health-topics/topics/sleepapnea
http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/osteoarthritis/basics/definition/con-20014749
Turunkan Berat Badan dengan Cinch® Inch Loss Plan
tq akk for sharing...
ReplyDeleterasa takut dan gerun jika obesiti tidak dikawal dengan baik
ESP DAN GLA PENANGAN UNTUK KULIT CANTIK
bahaya kan bila badan obes. macam-macam penyakit boleh datang sekali.
ReplyDeleteGood sharing..saya pun takut jugak obes..sekarang ni memanglah BMI ok..nak kena maintain supaya tak obes
ReplyDeleteTestimoni Collagen Shaklee Buat Wanita Tidak Percaya
Malaysia mmg dh ramai yg obesiti..mmg merisaukan..takutnya tergolong�� sbb lately byk kenduri so mkn xhengat.tq 4 the info k.lia☺
ReplyDeleteJemput baca: Cara Merawat Luka Melecur Mangsa Kebakaran Dengan Vitamin C
Obesiti mendatangkan bnyk penyakit
ReplyDeleteMacam2 jenis penyakit merbahaya boleh dapat bila obesiti.terutama penyakit jantung.
ReplyDeleteCara Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Vitamin E
Memang bahaya jika berat badan berlebihan. Selain amalkan supplemen, gaya hidup sihat dan senaman yang bersesuaian dapat membantu mengekalkan berat badan yang ideal.
ReplyDelete6 Kebaikan ESP Yang Buat Hati Tertawan
Banyaknya masalah kalau obes. kena rajin excercise n makan kena kontrol
ReplyDeleteJommSihatDanCantik -> ASAL STRESS JERR MAKAN!
Jika badan obesiti nak buat apapun tak boleh...bukan saja mendatangkan pelbagai penyakit tapi juga sukar untuk bergerak...
ReplyDeletepengakuan eksklusif seorang wanita tersalah mengambil produk yang mengandungi bahan kimia
Bagus info yang dikongsikan..kadang2 orang ingat kita nak kurus saje2 jer..padahal kurus juga penting untuk kesihatan..
ReplyDeleteCara Nak Kurus
Risau jugak dengan badan sendiri ni.. makin berisi sudah...
ReplyDelete