Sunday, 21 December 2014

Siri Jom Kurus: Cegah Obesiti, Cegah Kanser

Siri Jom Kurus: Cegah Obesiti, Cegah Kanser

Sering kali kita mendengar tentang kaitan obesiti atau berat badan berlebihan dengan risiko kesihatan seperti diabetes dan penyakit jantung atau kardiovaskular, namun agak jarang kita mendengar dan sukar untuk memahami bagaimana obesiti boleh dikaitkan dengan peningkatan kanser. Ini kerana kita lebih kerap mendengar kaitan kanser dengan kesan radikal bebas, contohnya kanser kulit dengan kesan sinaran radiasi ultraviolet matahari, atau kanser paru-paru dengan asap rokok.

Namun, bagaimanakah obesiti mempengaruhi peningkatan risiko mendapat kanser?

Photo: seniorassistedliving.wordpress.com

Obesiti dan Kanser

Para penyelidik yang mengkaji perkaitan antara obesiti atau berat badan berlebihan dengan peningkatan risiko kanser berpendapat bahawa individu yang mempunyai lemak tubuh berlebihan menyebabkan peningkatan hormon insulin dan estrogen yang boleh menyebabkan sel-sel kanser tumbuh.

Kajain juga mendapati, perubahan berat badan meningkatkan risiko kanser:
  • berat lahir yang tinggi dikaitkan dengan risiko kanser yang lebih tinggi
  • kenaikan berat badan dikaitkan dengan peningkatan kanser
  • kenaikan dan kehilangan berat badan berulang-ulang juga dikaitkan dengan risiko kanser.
Kajian mendapati, mengekalkan berat badan yang sihat dapat mengurangkan risiko mendapat kanser. Malah, bekas pesakit kanser yang telah menjalani rawatan dan bebas kanser (cancer survivors) yang mengekalkan berat badan sihat didapati mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mencegah kanser daripada berulang.

Photo: carcinomacells.blogspot.com

Kaitan obesiti dengan peningkatan kanser


Antara penerangan berkaitan obesiti dan peningkatan risiko kanser ialah:

  • tisu lemak atau tisu adipos yang berlebihan menghasilkan hormon estrogen yang berlebihan. Peningkatan paras estrogen yang tinggi telah lama dikaitkan dengan risiko kanser payudara dan kanser rahim.
  • individu obes juga sering kali didapati mempunyai peningkatan paras hormon insulin dan insulin-like growth factor-1 (IGF-1) dalam darah, iaitu suatu keadaan hyperinsulinaemia (insulin resistance atau kerintangan insulin) yang menggalakkan pertumbuhan sesetengah kanser.
  • sel-sel lemak menghasilkan hormon adipokines yang boleh merencat atau menggalakkan pertumbuhan sel, serta bahan lain yang mengawal atur pertumbuhan tumor.
  • individu obes juga seringkali didapati mempunyai keadaan sub-acute inflammation atau keradangan sub-akut yang dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser.
  • Lemak badan berlebihan juga dikaitkan dengan gangguan tindak balas imun yang penting dalam menentang kanser, dan juga oxidative stress yang dikaitkan dengan radikal bebas oleh pengoksidaan metabolisme dalam sel-sel tubuh.

Photo: maduti.ga

Jenis-jenis kanser yang berkaitan dengan obesiti

Berikut merupakan jenis-jenis kanser yang didapati konsisten dengan obesiti atau berat badan berlebihan:
  1. kanser payudara (terutama di kalangan wanita menopause atau telah putus haid)
  2. kanser kolon dan rektum (bahagian usus besar)
  3. kanser rahim
  4. kanser buah pinggang
  5. kanser esofagus
  6. kanser pankreas
  7. kanser thyroid
  8. kanser pundi hempedu 
Photo: sites.google.com

Berikut juga merupakan antara jenis kanser yang turut dikaitkan dengan obesiti atua berat badan berlebihan:
  1. kanser ovari
  2. kanser serviks atau pangkal rahim
  3. kanser hati
  4. Non-Hodgkin lymphoma (sejenis kanser darah)
  5. multiple myeloma (sejenis kanser darah)
  6. kanser prostat

Kaitan Obesiti dan Kanser Payudara


Peningkatan risiko payudara di kalangan wanita menopause atau telah putus haid dikaitkan dengan peningkatan estrogen di kalangan wanita obes. Selepas putus haid, ovari berhenti menghasilkan hormon seperti hormon estrogen, dan peranan penghasilan hormon estrogen digantikan oleh tisu lemak. Semakin banyak tisu lemak terutama di kalangan wanita obes atau overweight, semakin membawa kepada ketidakseimbangan paras estrogen yang membawa kepada pertumbuhan estrogen-responsive breast tumors atau ketumbuhan yang bertindak balas dengan estrogen.

Photo: yourhormonebalance.com

Senaman dan Pengurangan Risiko Kanser


Kajian mendapati, senaman atau aktiviti kecergasan fizikal dapat mengurangkan risiko kanser berikut:
  • Sebuah institut kanser kebangsaan di Amerika mendapati, kanser kolon dapat dikurangkan sebanyak 40-50% di kalangan inidividu yang aktif bersenam berbanding dengan individu yang langsung tidak bersenam. Begitu juga terdapat kajian membuktikan individu dengan gaya hidup yang cergas (tidak semestinya bersenam sahaja) mempunyai risiko kanser yang lebih rendah.
  • Risiko kanser payudara dapat dikurangkan sehingga 30-40% di kalangan wanita yang aktif bersenam dengan senaman berintensiti sederhana ke tinggi melebihi 3 jam setiap minggu secara regular. Kajian ini juga merangkumi wanita mempunyai risiko kanser payudara oleh genetik dan juga tanpa mengira golongan umur, namun risiko dapat dikurangkan dengan banyak melalui senaman.
  • Risiko kanser rahim pula dapat dikurangkan sehingga 38-46% di kalangan wanita yang aktif bersenam.

Photo: www.aicr.org

Bagaimana senaman dapat mengurangkan risiko kanser?

Senaman dapat menurunkan berat badan berlebihan dan seterusnya dapat mendatangkan kelebihan-kelebihan berikut:
  • Senaman dapat mengurangkan hyperinsulinaemia (insulin resistance atau kerintangan insulin).
  • Senaman dapat mengurangkan keradangan yang seterusnya dapat mengurangkan risiko kanser.
  • Senaman dapat menguatkan sistem imun tubuh yang menentang jangkitan penyakit dan pertumbuhan sel-sel kanser.
  • Senaman dapat mengurangkan risiko kanser berkaitan ketidakseimbangan hormon seperti kanser payudara dan kanser rahim. Biarpun risiko kanser payudara lebih tinggi di kalangan wanita menopause, wanita yang obes didapati mempunyai paras estrogen yang tinggi berbanding wanita menopause yang kurus.

Kesimpulan, gaya hidup sihat melalui pengurusan berat badan yang sihat, pemakanan yang sihat dan seimbang serta kecergasan fizikal dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit kanser, suatu penyakit yang digeruni namun semakin meningkat seiring dengan semakin ramai rakyat Malaysia yang obes.

Photo: www.mastersathlete,com.au

Photo: FB KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA



Rujukan:



17 comments:

  1. Obesiti sangat berpengaruh dalam kesihatan kita. Jagalah pemakanan dan gaya hidup anda agar senantiasa sihat dan jauh dari pelbagai penyakit dan obesiti. Sebab obesiti boleh menyumbang kepada terjadinya pelbagai penyakit yang berisiko dan membunuh. Seperti kanser dan yang lainnya.


    Sekurang kurangnya 400 mcg Asid Folik Yang Diperlukan Untuk Ibu Hamil

    ReplyDelete
  2. Bila obesiti, penyakit lain mulalah datang nak tumpang kat tubuh...sebab itu kita digalakkan menjaga kesihatan dan pemakanan yang baik untuk melindungi diri kita dari penyakit...jauhi obesiti jauhi penyakit insyaallah kita akan selamat.

    merawat kesihatan sendi dan lutut dengan supplement

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak penyakit dapat dielakkan hanya dgn berat badan sihat..lebih-elbih lagi kalau ada faktor keturunan kanser tu, lagi nak kena lebih awas

      Delete
  3. kadang orang pandnag serong bila kita terlalu menjaga pemnakanan..namun hakikatnya bila tak jaga jadi lak obes lagi senang penyakit nakdatang..

    Tips Awet Muda

    ReplyDelete
    Replies
    1. pendek kata, jangan peduli apa org cakap, kita perlu tahu dan bertindak dgn apa yg terbaik bagi kita

      Delete
  4. Tak disangka obesiti juga mempunyai kesan yang besar terhadap cancer. Jauhi obesiti dan amalkan pemakanan seimbang. InsyaAllah banyak penyakit dapat dijauhi.
    Tabungan Pertama Bayi

    ReplyDelete
  5. Makanan seimbang amat diperlukan dan perlu dijaga. Berat badan boleh mempengaruhi terjadinya kanser. Ini amat menakutkan. Selain pemakanan, suplemen juga perlu diamalkan untuk kesihatan berpanjangan.
    Jom layari blog Aju@VitaSyopz untuk entriKenapa tidur perlu ikut jadual

    ReplyDelete
  6. Bahaya bila berat berlebihan ni.. banyak penyakit berangkai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg tujuan saya utk berkongsi agar lebih kesedaran tentang bahaya obesiti

      Delete
  7. Obesiti memang menjadi duri dalam daging...bila obes,,macam2 sakit plak dapat. Sebab tu kita kena ambil berat semua faktor yang boleh menyumbang kepada obes ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih rela sakit bersenam daripada sakit macam-macam sebab obes huhu

      Delete
  8. Amalan pemakanan dan gaya hidup sihat amat penting..

    ReplyDelete
  9. banyaknya masalah yg berkaitan dengan obes.gerun..

    JommSihatDanCantik -> PERBEZAAN SUSU BAYI TAK CUKUP BULAN

    ReplyDelete
  10. sangat takut.. sentiasa berhati-hati dalam maslah ini... dapat kesan awal lagi mudah untuk dirawat.

    mrskeciksangat.blogspot.com

    ReplyDelete