Cara Natural untuk
Cerahkan Kulit
Obsesi wanita, terutamanya wanita Asia terhadap kulit yang
cerah, licin dan gebu telah mencipta ruang pasaran kepada produk pemutih kulit,
baik secara luaran mahupun dalaman.
Zaman sekarang ini kita melihat bermacam-macam teknologi
produk kecantikan muncul seperti cendawan tumbuh, dari Korea, Jepun dan
sebagainya.
Namun, tahukah anda, terdapat cara natural untuk mendapatkan
kulit yang cerah dan licin?
Sebenarnya, bagi yang follow blog ini, banyak telah saya
kupas tentang perkara ini dalam entry yang lepas-lepas, cuma mungkin dengan
pendekatan dan penerangan yang berbeza.
Makanan dan suplemen
Vitamin C
Pertama, makanan yang tinggi dengan vitamin C. Antara
makanan yang tinggi dengan vitamin C ialah sayur-sayuran dan buah-buahan. Oleh
kerana vitamin C adalah sensitif dan mudah oleh haba dan pendedahan kepada
cahaya dan udara, pengambilan sayur-sayuran dalam bentuk ulam-ulaman adalah
lebih baik berbanding sayur dimasak terutama jika dimasak terlalu lama (cukup
dengan cara masakan stir-fry atau goreng kilas untuk mengekalkan nutrisinya).
Vitamin C merupakan komponen yang penting untuk penghasilan
kolagen (sejenis binaan protein) dalam kulit. Menyebut tentang kolagen,
pastinya anda (terutamanya pencinta produk kecantikan) sangat arif dengan kesan
kolagen kepada kulit seperti lebih cerah, gebu, tekstur kulit lebih anjal,
lembap, licin dan mampu mengurangkan jerawat/parut jerawat serta pigmentasi.
Vitamin C tidak dapat disimpan oleh tubuh, oleh sebab itu
paras vitamin C dalam tubuh harus sentiasa digantikan harian melalui makanan,
malah melalui pengambilan secara suplemen bagi memastikan tubuh sentiasa cukup
vitamin C.
Antara makanan dan suplemen, makanan tetap merupakan pilihan
yang terbaik kerana ia turut mengandungi komponen nutrisi lain yang kemungkinan
antaranya belum dijumpai oleh sains.
Namun, dengan gaya pemakanan moden yang banyak bersumberkan
makanan terproses (food-like food) di rak-rak supermarket berbanding makanan
dalam bentuk semula jadi (real food),pengguna
biasanya membuat pilihan kedua iaitu melalui suplemen.
Walau bagaimanapun, pengguna (iaitu kita) haruslah bijak
memilih suplemen vitamin C yang benar-benar berkualiti, bagi mendapatkan nilai
terbaik bagi wang. >>Kriteria memilih suplemen
vitamin C berkualiti
Protein
Kedua, makanan yang membekalkan protein terutama protein
lengkap. Tanpa atau kekurangan protein yang merupakan bahan binaan utama untuk
kolagen, kulit tidak akan mendapat kebaikan sepenuhnya hanya dengan vitamin C.
Antara makanan yang tinggi dengan protein lengkap ialah daripada sumber haiwan seperti daging,
tenusu, telur, manakala bagi tumbuhan pula , yang terkenal ialah kacang soya
dan makanan berasakan kacang soya seperti tempe, tauhu dan natto serta
lain-lain.
Atas factor itulah soya menjadi pilihan pembuat makanan meat-like
atau mock-meat yang berasaskan soya bagi memenuhi keperluan pengamal vegetarian
untuk sumber protein lengkap mereka.
Selain itu, terdapat juga protein yang didatangkan dalam
bentuk suplemen dan biasanya berasaskan soya. Namun, sekali lagi, pengguna
haruslah bijak memilih suplemen protein yang berkualiti demi mendapatkan
khasiat dan kesan yang diingini tanpa menjejaskan kesihatan pada masa akan
datang. >> ESP bukan sekadar protein
Vitamin E
Ketiga, selain daripada vitamin C, protein dan pendapat
tentang meningkatkan kolagen dalam kulit, kita juga harus mengambil kira factor
photo-damaging atau sinar suria yang merosakkan struktur kulit.
Untuk tujuan ini, gabungan vitamin C dan vitamin E didapati
mampu melindungi kulit secara signifikan daripada kesan sinar radiasi matahari
yang merosak dan menggelapkan kulit.
Aktiviti
Bagaimana aktiviti
mampu mencerahkan kulit?
Pernahkah anda terdengar tentang glutathione? Glutathione
merupakan satu bahan antioksidan semula jadi yang dapat dihasilkan oleh tubuh
dan juga boleh didapati secara suplemen. Sekali lagi, pencinta produk
kecantikan pastinya sangat yakin dengan kebolehan kandungan glutathione dalam
produk suplemen yang dapat mencerahkan kulit.
Jadi, apa kaitannya pula dengan aktiviti? Aktiviti cergas
seperti bersenam, terutama secara regular dapat menggalakkan penghasilan
glutathione. Ini dapat menerangkan kenapa individu yang bersenam memliliki
kulit yang kelihatan lebih gebu kemerahan dan glowing.
Pengambilan suplemen berasaskan glutathione bagaimanapun
tidak begitu digalakkan kerana beberapa factor. Malah, penggunaan glutathione juga
sebenarnya perlu mendapat kelulusan dan tidak boleh dijadikan bahan dalam suplemen
dengan sewenang-wenangnya. >>
Glutathione vsKolagen – Yang Mana Satu?
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.