Wednesday, 22 April 2015

5 Makanan Mencegah Nyanyuk

5 Makanan Mencegah Nyanyuk 

Terdapat banyak faktor mempengaruhi nyanyuk (dementia, Alzheimer's disease) seperti keturunan, gaya hidup dan juga makanan.

Sehingga kini tiada ubat yang benar-benar dapat mencegah atau mengubati nyanyuk, namun saintis berpendapat terdapat makanan yang mampu membantu mencegah nyanyuk lebih awal.

Photo: www.lousianaweekly.com

1. Ikan


Ikan, terutamanya yang kaya dengan asid lemak omega-3 yang kaya dengan DHA, EPA dan lain-lain omega-3 bukan sahaja dapat mencegah penyakit berkaitan jantung dan salur darah (serangan jantung, tekanan darah tinggi, tinggi kolesterol, strok dan sebagainya), tetapi juga menyokong fungsi otak
dengan meningkatkan fungsi otak, mencegah degenerasi atau penuaan otak yang membawa kepada nyanyuk.

Contoh ikan yang kaya dengan omega-3 ialah salmon, kembung mackerel, tuna dan herring. Jumlah hidangan yang disarankan ialah sekurang-kurangnya 2-3 hidangan seminggu.

Kajian awal ke atas tikus mendapati tikus yang mendapat suplemen omega-3 mempunyai peningkatan fungsi otak dari segi daya ingatan yang lebih baik.

Sukar mendapat hidangan ikan yang kaya dengan omega-3? Anda juga boleh cuba mendapatkannya dalam bentuk suplemen omega-3.

2. Kacang walnut

Kacang walnut didapati tinggi dengan omega-3, vitamin E, folate, melatonin dan antioksidan yang mampu melambatkan penuaan otak dan meningkatkan daya ingatan.

3. Magnesium


Saintis mengaitkan kekurangan magnesium dengan penuaan otak, penurunan fungsi kognitif otak, dan juga mempercepatkan nyanyuk.

Kekurangan magnesium boleh dicegah dengan mengambil makanan yang kaya dengan magnesium seperti pisang, bayam, yogurt, kacang almond, dan coklat, ataupun dengan mengambil suplemen magnesium.

4. Makanan kaya anthocyanin


Saintis mendapati anthocyanin bukan sahaja dapat menurunkan tekanan darah tinggi, melancarkan peredaran darah, mengawal gula darah, dan mengurangkan inflamasi terutama pada sendi, tetapi juga bersifat anti penuaan, malah meningkatkan isyarat otak yang berkaitan dengan daya ingatan.

Contoh makanan yang kaya dengan anthocyanin ialah buahan beri (strawberry, blueberry, raspberry, elderberry) dan juga anggur serta roselle.

Menyedari khasiatnya, anthocyanin juga ada disediakan dalam bentuk suplemen.
>>  Khasiat anthocyanin yang anda perlu tahu

5. Teh hijau

Saintis mendapati ekstrak teh hijau dapat meningkatkan proses berfikir dan ingatan, dengan erti kata lain, mampu meniingkatkan fungsi otak, selain daripada kaya dengan antioksidan yang dapat mencegah penuaan, termasuk penuaan otak.

Maka tidak hairanlah kenapa teh hijau menjadi sensasi bagi mereka yang peka dengan penjagaan kesihatan, terutama sekali mendapatkan teh hijau pada gred premium.



Rujukan:


http://www.medicaldaily.com/7-nutrients-protect-your-brain-aging-flavanols-fish-nuts-and-blueberries-may-prevent-330164

9 comments:

  1. ya..makan ikan lebih bagus dari makan ayam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayam pula sumber lean protein yg baik, dan juga zinc. semestinya ayam kampung dan ayam organik yang terbaik

      Delete
  2. Nasib baik sy suka makan ikan daripada ayam. Ikan lebih dekat dihati. Makan ikan memang mencerdaskan minda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau di Malaysia, ikan yang tinggi omega-3 ialah seperti ikan tongkol, kembun. cara nak pilih ikan yang tinggi omega-3 ialah melihat isinya. isi yang berwarna lebih merah dan kelabu lebih tinggi omega-3 berbanding ikan yang isinya warna putih

      Delete
  3. Nasib baik sy suka makan ikan daripada ayam. Ikan lebih dekat dihati. Makan ikan memang mencerdaskan minda.

    ReplyDelete
  4. kalau suka ikan sungai aci tak? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kurang pasti pula, yang pasti ikan tinggi omega-3 ni ikan laut dalam hehe

      Delete
  5. Ayam skrg banyak kena suntik sbb tu x elok.. Omega 3 ni mmg bagus sgt.. Sesuai utk semua peringkat umur... Xyah susah2 ke laut dlm.. Beli sajor Omega guard... hihi

    ReplyDelete