Saturday 21 March 2015

Kisah seorang anak dengan ayahnya yang lumpuh dan keluar masuk hospital kerana selalu kurang garam

Kisah seorang anak dengan ayahnya yang lumpuh dan keluar masuk hospital kerana selalu kurang garam


Kali ini saya nak berkongsi pula kisah seorang anak yang mempunyai seorang ayah yang telah lumpuh separuh badan akibat strok beberapa tahun lepas. Keadaan lumpuh separuh badan itu menyebabkan urusan harian ayah ini terpaksa dilakukan oleh ahli keluarganya, daripada memberi ubat, menyuap makanan hingga ke urusan membersihkan tubuh dan sebagainya. Pendek kata, dalam keadaan begitu, ahli keluarga perlu menguruskan dari A hingga Z urusan penjagaan diri.

Gambar hiasan
Photo: www.nuh.com.sg

Kurang garam dan air dalam tubuh


Pak cik (si ayah ni) ni juga agak kerap dibawa ke hospital, bukan sebab strok atau penyakit lain, melainkan disebabkan kurang garam dalam tubuh, atau bahasa mediknya, hiponatremia (hipo - kurang; natri - natrium, garam sodium; emia - dalam darah). Keadaan ini memang biasa berlaku kepada orang yang bedridden atau terlantar di katil dan memerlukan orang lain untuk menguruskan hal makan minumnya. Ini berlaku kerana orang itu sendiri tidak mampu memberitahu ahli keluarga malah untuk melakukan sendiri untuk memenuhi keperluan diri. Contohnya, jika haus, tidak seperti kita, mereka perlu menunggu ahli keluarga untuk memberi minum. Selain daripada kurang garam, salah satu keadaan yang biasa berlaku ialah dehidrasi atau kurang air. Sebabnya pun sama seperti kurang garam. Lebih-lebih strok beliau disebabkan oleh tekanan darah tinggi, maka ahli keluarga turut mengawal pengambilan garam tanpa menyedari kekurangan yang berlebihan pula.

Ikhtiar dengan suplemen Shaklee


Aunty ni (si anak) pun bertanya kepada saya apa yang sesuai diberikan kepada ayahnya (ayahnya dah keluar hospital). Saya pun mencadangkan Performance Drink Shaklee kerana minuman ini dapat memberi keseimbangan bendalir dalam badan - mengekalkan hidrasi dan keseimbangan elektrolit atau garam tubuh. Pengetahuan yang diperolehi sebagai bekas misi sedikit sebanyak membantu. Saya turut mencadangkan Vivix kerana Vivix sesuai untuk pemulihan sel dan tisu terutama berkaitan saraf selain mempunyai ciri melancarkan aliran darah dan memberi kawalan lebih baik kepada tekanan darah, jadi berpendapat sesuai untuk bekas pesakit strok. Namun, disebabkan bajet, beliau hanya setuju untuk membeli Performance Drink dan juga Alfalfa Complex. Beliau sendiri yang inginkan Alfalfa Complex kerana yakin dengan alfalfa sebagai "king of all food" atau suatu superfood yang kaya dengan khasiat untuk tubuh. Bagi saya, apa salahnya kerana memang menyedari sifat alfalfa itu sendiri yang juga tinggi dengan protein, vitamin dan mineral yang penting untuk tubuh.

Photo: Shaklee Malaysia

Selang beberapa minggu kemudian, saya bertanyakan aunty ni tentang progress ayahnya. Aunty kata ayahnya mula menunjukkan kesan positif. Beliau lebih cergas dan mula kelihatan banyak bergerak. Kemungkinan sebelum ini beliau bukannya lumpuh sepenuhnya, cuma mungkin kerana kurang tenaga daripada makanan.

Hasil setelah mengamalkan Alfalfa Complex dan Performance Drink


Saya bertanya macam mana aunty beri kepada ayahnya. Beliau menerangkan bahawa alfalfa tu beliau tumbuk sehingga menjadi serbuk sehingga menjadi serbuk dan disuap kepada ayahnya. Mula-mula ayahnya enggan juga sebab tak sedap, tetapi lama kelamaan mungkin merasa perbezaan selepas mengambil alfalfa, tambah pula bila dah biasa, masalah tak nak makan alfalfa tu selesai. Saya kagum juga dengan kesabaran aunty ni. Alang-alang sesetengah orang tu adakalanya dibiar je.

Manakala Performance Drink ni diberi mengikut sukatan seperti yang saya cadangkan. Sedikit je, tidak banyak untuk sehari kerana pak cik ni bukannya seorang yang aktif, cukup untuk mencegah kekurangan garam dalam tubuh. Jadi satu canister atau balang Performance Drink ni dapat digunakan lebih kurang sebulan juga. Perisa oren yang sedap juga memudahkan pak cik ni minum air Performance Drink ni.

Image result for happy after stroke
Gambar hiasan
Photo: dailymail.co.uk

Beberapa bulan kemudian, saya melawat ke rumah aunty ni semasa hari raya (kejadian ini berlaku tahun lepas semasa kami masih tinggal di Sarawak), saya melihat pak cik ini duduk di kerusi roda dan kelihatan ceria dan seronok beramah mesra dengan ahli keluarga, sanak saudara dan orang kampung yang datang menziarah. Seronok pula melihatnya. Lebih-lebih lagi aunty ini dan seluruh ahli keluarga mereka pasti sangat gembira dengan perubahan positif tersebut. Ye lah, siapa suka lihat orang tua terlantar sakit kesedihan. Allah sahaja yang tahu apa isi hati mereka apabila nikmat sihat dan cergas itu ditarik daripada badan. Dan bagi kita sendiri pula belum tentu tahu nasib bagaimana.

Syukur alhamdulillah, walaupun saya sendiri yakin dengan khasiat Alfalfa Complex dan kebolehan Performance Drink, tetapi perasaan teruja melihat sendiri kebaikan ke atas orang lain depan mata memang level 999 la. Gembira sangat. Ingin sahaja saya share photo mereka sekeluarga tetapi kena hormat juga privasi mereka.

Photo: Shaklee Malaysia

Istimewanya Alfalfa Shaklee


Biarpun kini banyak alfalfa dijual di pasaran, bezanya alfalfa Shaklee yang digunakan ialah daripada jenis yang matang dengan akarnya telah jauh menganjur ke dalam perut bumi untuk menarik zat khasiat yang kaya, berbanding alfalfa pasaran yang biasanya menggunakan alfalfa yang baru bercambah seperti taugeh. Bagi Performance Drink pula, ianya memang minuman isotonik pilihan saya untuk kekal hidrat.

Anda bagaimana? Cubalah Alfalfa Complex sebagai suplemen harian untuk memelihara kesihatan keseluruhan.

Alfalfa Complex Shaklee terdapat dalam dua persediaan packaging iaitu Alfalfa Complex 330 tablets berharga RM53.75 dan Alfalfa Complex 700 tablets berharga RM97.50.

Performance Drink pula berharga RM82.50 untuk satu canister/balang dengan berat 539gm.

Vivix Shaklee yang saya sebutkan tadi pula berharga RM475 untuk satu botol sebanyak 150ml. Kecik je tapi powerful, kebaikannya memang berbaloi dengan harga.

Photo: Shaklee Malaysia

Hubungi saya untuk pertanyaan dan pembelian atau konsultasi produk di 019-6311031 whatsapp/ sms Ms Nur Kamalia (saya ler tu)



Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. * This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

No comments:

Post a Comment