Tuesday 2 September 2014

Resepi Spaghetti Bolognese Ringkas

Resepi Spaghetti Bolognese Ringkas


Anak-anak saya sangat gemar makan spaghetti jenis bolognese. Spaghetti lain yang warnanya selain merah seperti cabonara, krim, aglio olio dan lain-lain persembahan tidak mampu menarik perhatian mereka berbanding spaghetti yang berkuahkan puri tomato ini. Saya suka menyediakan spaghetti kepada anak-anak kerana selain mereka sendiri menggemarinya, secara tidak langsung saya juga dapat memberi mereka tomato, sesuatu yang sukar bagi anak-anak yang picky-eaters.

Resipi ini sangat ringkas kerana saya tidak menggunakan bahan-bahan asli untuk menyediakan spaghetti bolognese, seperti membuat sendiri puri tomato, puri bawang putih, menggunakan daun selasih atau basil leaves dan rempah herba yang lain. Bahan-bahannya mudah didapati di supermarket, cuma kekurangannya ialah penggunaan makanan terproses berbanding minat saya kepada penggunaan ramuan bahan asli sendiri dan organik.



spaghetti ringkas
leekamalia.blogspot.com

Bahan-bahannya;


Sepeket pasta (spaghetti, boleh mengikut kegemaran sama ada vermicelli, angel hair, linguini atau spaghetti biasa, malah boleh juga menukar kepada pasta lain seperti penne, spiral dan sebagainya)
5 ulas bawang putih, diketuk dan dicincang halus
Secawan atau kira-kira 300gm isi ayam dicincang halus, atau minced chicken (boleh ditukar kepada minced beef atau meatball)
1 botol jar sederhana besar sos pasta segera (pelbagai jenama seperti Prego, San Remo, Adabi, Kimball dan sebagainya ikut suka)
1 tin 340gm puri tomato (contoh Ayam Brand dan sebagainya)
Secawan cendawan butang dihiris (jika suka)
Sedikit minyak zaitun
Sedikit garam
Seperiuk air mendidih

Cara-caranya;


A.   Menyediakan sos/kuah;
  1. Panaskan periuk dan masukkan sesenduk minyak masak.
  2. Tumiskan bawang putih.
  3. Masukkan daging ayam yang dicincang dan kacau sehingga warnanya bertukar putih.
  4. Masukkan tomato puri dan sos pasta segera. 
  5. Kacau dan biar mendidih pada api kecil. Kemudian, tutup api.







B.   Merebus pasta;

rebus spaghetti
Photo: leekamalia.blogspot.com

  1. Masukkan sedikit minyak zaitun dan secubit garam ke dalam periuk yang berisi air mendidih.
  2. Masukkan spaghetti atau pasta yang digunakan. Dalam gambar di bawah, saya juga menggunakan spinach linguini yang bewarna hijau.
  3. Biar rebus sehingga al-dente atau lembut.
  4. Keluarkan spaghetti atau pasta dengan menuang ke dalam penapis pasta yang dialirkan dengan air paip. Ini bagi menyejukkan pasta/spaghetti dan mengelakkan pasta/spaghetti melekat.
  5. Setelah ditoskan, masukkan ke dalam bekas dan tambah sedikit minyak zaitun. Gaul rata.

Sudah tersedia. Hidangkan bersama sos spaghetti yang telah disediakan.
Sepeket spaghetti ini sesuai untuk hidangan 4-6 orang.

Selamat mencuba!

Testimoni Shaklee Colagen Powder dalam Menghilangkan Parut Jerawat


spaghetti ringkas
leekamalia.blogspot.com

Spaghetti merupakan sejenis menu diet sihat kerana mengandungi semua elemen nutrien utama iaitu karbohidrat (pasta), protein (ayam atau daging), lemak (minyak zaitun sebagai pilihan lemak sihat), serat (gandum pasta dan tomato), serta vitamin dan mineral.

Lycopene ialah sejenis carotene dan pigmen carotenoid yang memberi warna merah kepada tomato dan sayur serta buah yang lain seperti betik dan tembikai.

~~~~~~~~~~~~~~~

CarotoMax Shaklee merupakan supplemen vitamin A dalam bentuk beta-carotene yang lebih selamat untuk diambil kerana beta-carotene hanya akan bertukar kepada vitamin A apabila badan memerlukan.

CarotoMax juga turut mengandungi lycopene, alpha-carotene, lutein, zeaxanthin dan astaxanthin, menjadikan CarotoMax gabungan 6 carotenoid yang bersifat antioksidan yang amat penting dalam melawan kesan radikal bebas dan terutama sekali mencegah kanser paru-paru dan kanser prostat.

vitamin mata
Photo: Shaklee Malaysia

Hubungi saya untuk maklumat lanjut mengenai produk atau konsultasi
Call SMS WhatsApp 0196311031
Facebook : Kamalia Auderina Lee
Atau
" Like "
Facebook Page : Natural Safe Vitamins Dietary Supplements
Facebook Page : Set Bersalin Mesra Breastfeeding
Email : leekamalia@gmail.com

No comments:

Post a Comment