Siri Jom Kurus: Pengertian Obesiti dan Berat Badan Berlebihan (Overweight) Menurut WHO
Dalam entry sebelum ini [Rakyat Malaysia Kini yang Paling Gemuk di Asia], saya ada menyebut tentang kadar obesiti rakyat Malaysia yang melebihi kadar global iaitu hanya sebanyak 30%. Mari kita lihat kenyataan daripada World Health Organisation (WHO) pula berkenaan kadar obesiti global dan pengertian sebenar obesiti dan berat badan berlebihan (overweight) menurut ukuran yang ditetapkan oleh WHO.
Photo: www.sciencenews.org |
Apakah Definisi Obesiti dan Berat Badan Berlebihan (Overweight)?
Menurut WHO, obesiti dan overweight bermaksud pengumpulan lemak secara berlebihan yang menjejaskan kesihatan.
WHO menggunakan Indeks Jisim Tubuh atau Body Mass Index - BMI untuk menentuukur sama ada seseorang itu dalam kategori oebsiti atau overweight.
- Berat badan berlebihan (overweight) = BMI sama atau lebih daripada 25
- Obesiti = BMI sama atau lebih daripada 30.
Bagaimana mengira BMI?
Indeks Jisim Tubuh atau Body Mass Index (BMI)
= berat (kg)
____________________
tinggi (m) x tinggi (m)
Contoh:
En. X dengan ketinggian 1.6 m dengan berat 80kg.
BMI = 80kg = 31.25
_______
1.6 x 1.6
En. X tergolong dalam kategori obes kerana BMI beliau 31.25, lebih daripada 30.
Saya akan menerangkan lebih lanjut tentang BMI dalam artikel akan datang.
Untuk maklumat lanjut statistik dan trend global obesiti dan overweight, boleh kunjungi laman ini [Global Health Observatory (GHO) - Overweight and Obesity].
Fakta penting tentang Obesiti dan Overweight
Sejak 1980, kadar obesiti global telah melonjak sekali ganda. Bagi Malaysia pula, dalam tempoh kurang sedekad, Malaysia telah menunjukkan peningkatan ketara, malah kini mendominasi takhta rakyat dengan kadar paling gemuk bukan sahaja di Asia Tenggara, malah Asia.
Dalam tahun 2008, lebih daripada 1.4 billion (35% populasi) orang dewasa dengan umur 20 tahun dan ke atas mempunyai berat badan berlebihan. Daripada jumlah tersebut, 11% adalah obes yang merangkumi lebih 200 juta lelaki dan hampir 300 juta wanita.
![]() |
Photo: www.business2community.com |
Dalam tahun 2013 pula, 42 juta kanak-kanak bawah umur 5 tahun adalah overweight atau obes.
65% populasi dunia tinggal di negara dengan kadar kematian disebabkan oleh overweight dan obesiti membunuh lebih ramai penduduk berbanding masalah kurang berat badan, termasuk golongan yang berpendapatan tinggi dan golongan pertengahan (sungguh ironi, kita mendengar berjuta-juta orang mengalami kebuluran di suatu sudut dunia, namun statistik menunjukkan lebih ramai orang mati akibat masalah berat badan berlebihan).
3.4% orang dewasa meninggal dunia setiap tahun akibat masalah kesihatan yang disebabkan oleh berat badan berlebihan dan obesiti seperti masalah diabetes, masalah jantung (ischaemic heart disease - IHD), dan kanser.
Apakah punca obesiti dan overweight?
Menurut WHO, punca utama masalah berat badan berlebihan ini berlaku adalah akibat daripada ketidakseimbangan antara jumlah klaori diambil dan jumlah kalori yang digunakan sesudahnya.
Pemerhatian global mendapati faktor utama ialah peningkatan dalam:
- pengambilan makanan tinggi kalori yang tinggi dengan lemak
- peningkatan dalam gaya hidup tidak aktif akibat peningkatan gaya hidup sedentari sama ada oleh pekerjaan (contohnya daripada pertanian yang memerlukan tenaga fizikal kepada kerja-kerja pejabat yang banyak duduk di meja), sistem pengangkutan (contohnya daripada berjalan kaki, berbasikal, kini berkereta) dan peningkatan urbansasi.
Perubahan dalam corak pemakanan dan aktiviti fizikal ini dikaitkan dengan perubahan persekitaran dan sosial yang kian membangun. Pembangunan ini bagaimanapun tidak mendapat sokongan polisi dari sektor kesihatan mahupun pertanian, pengangkutan, perancangan bandar, pemprosesan makanan, pendidikan dan sebagainya yang sepatutnya boleh memberi impak dalam menangani masalah obesiti dan overweight ini.
Kesimpulan
Jelas, dalam negara Malaysia menuju negara maju berpendapatan tinggi, terdapat lompong yang jelas dalam polisi oleh sektor berkaitan dalam menghadapi masalah ini. Ini kerana semakin Malaysia menumpu dalam meningkatkan pembangunan taraf ekonomi, semakin jelas ditunjukkan oleh statistik yang menyaksikan kadar rakyat gemuk yang semakin meningkat, menunjukkan perlunya penyelesaian secara proaktif bukan sahaja dari segi kesedaran masyarakat Malaysia itu sendiri malah polisi serta strategi yang perlu dirangka untuk menangani masalah ini secara efektif.
![]() |
Photo: FB KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA |
Rujukan:
http://www.who.int/mediacentre/factsheets/fs311/en/
http://www.maso.org.my/index.php?publication
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/21295846
http://www.who.int/publications/cra/chapters/volume1/0497-0596.pdf
Turunkan Berat Badan dengan Cinch® Inch Loss Plan
Amalkan cara hidup yang sihat dan rajin-rajinlah bersenam untuk mendapatkan berat badan yang ideal.
ReplyDeletePengedar Shaklee Semenyih
betul tu, gaya hidup sihat
Deleteuntuk tahu masuk kategori mana, kena kira BMI
paling takut dengan kes obesiti ni, mulai hari anda dengan mengambil makanan yang sehat dan seimbang agar terhindar dari masalah obesiti.
ReplyDeleteJom baca Adakah Anda Cukup Mengambil Vitamin E
jangan la kita terjebak. rakyat Malaysia no. 1 huhuhu
Deleteberisi sikit mungkin cantik, tapi kalau obes sendiri kena usahakan halang...
ReplyDeletebetul tu,dah obes ni mmg soheh la risiko kesihatan tu sume ada
Deletekena kira BMI ni Mak Jemah, gempal sihat takpe, tapi jangan terjebak overweight. kurus pun kadang2 kolesterol tinggi, ratio HDL:LDL tak balance
ReplyDeletependek kata, gaya hidup sihat, makan sihat, bersenam sihat
cabaran rakyat Malaysia skrg termasuk saya heheh
Obesiti atau gemuk selalunya orang kaitkan dengan banyak penyakit...sedangkan orang kurus pun belum tentu lagi sihat kan...
ReplyDeletepromosi gempak akhir tahun bulan disember 2014
yang penting, cuba dapatkan berat badan yg ideal
DeleteOrang kita nie, kalau bab mencari makan memang banyak bergerak. Tapi bila dah makan, nak bergerak pun malas. Betul tak. Gheje nak melingkar je..hihii
ReplyDeleteJommSihatDanCantik -> SET PENJAGAAN WAJAH BEBAS BAHAN KIMIA
hihih aduh ular sawa..saya pun jenis mengantuk bila dah kenyang..kena ubat habit ni hihih
Deleteawasi pemakanan di samping senaman untuk kesihatan
ReplyDeleteKUATKAN ANTIBODI SECARA SEMULAJADI
jangan terjebak hingga obes
DeleteKena aktif sikit..yang bekerja di ofis tu,jangan asyik nak duduk je,sesekali tu kena bergerak buat aktiviti ringan.macam sy la hehhe
ReplyDeletehihihi elakkan lif, guna tangga, secara tak langsung bersenam
Deleteobes bukan org dewasa je...budak- budak pon boleh obes..anak buah saya salah sorang..hihi
ReplyDelete42 juta kanak-kanak dunia obes pada tahun lepas..Malaysia antara penyumbang
DeleteSekarang ni ramai yang obesiti...negara malaysia paling ramai yang obesiti
ReplyDeleteuntuk Aisa, Malaysia la nombor 1 huhuhu
DeleteKita perlu cuba daptkan berat ideal..lagipun lau gemuk sangt mmg ssh nak bergerak..
ReplyDeleteHamil dan Berpantang
underweight sangat pun susah nak bergerak, sbb lesu x cukup otot (ni pengalaman sendiri ehehe)
Deleteobesiti menghantui macam mimpi ngeri..kena amalkan diet bersungguh-sungguh
ReplyDeletePENJAGAAN KULIT YANG BAIK PUNCA MENJADI REBUTAN JEJAKA IDAMAN
aduiii jangan terjebak obesiti
DeleteObesiti tidak mengira umur. Penjagaan makanan perlu diambil perhatian. Ibu bapa tolong pantau makanan anak-anak tersayang. Perlu dikontrol dari kecil.
ReplyDeleteJom santai di Aju@VitaSyopz blog dengan entri bertajuk Promosi Akhir Tahun Sr Vitamin C dan Vitamin E Plus
perlu kontrol dari kecil, kesian, kecik2 dah terdedah risiko kesihatan sbb gaya hidup
DeleteRisau juga dengan berat skrg takut jadi obes... tak sanggup rasanya... hihi
ReplyDeleteesemen...jangan sampai terjebak ehehe chaiyok Nursimatun !
DeleteOrang takut obes, diri ni pula teringin badan chubby sikit. Hehe.
ReplyDeletesama la dgn saya, saya harap dapat maintain ideal je, ni pun sipi-sipi dapat naikkan sehingga ideal, puasa hari tu jatuh underweight
Deletesaya pula selalu BMI kurang...sejak bershaklee nie alhamdulillah dpt BMI normal
ReplyDeleteCARA BERHENTI MEROKOK
Sama la dgn saya Ika, saya ni selalu kategori underweight dulu
DeleteAmalan pemakanan seimbang penting,.. dan displin kan diri agarnkesihatan lebih terjamin...
ReplyDeletedan senaman jangan dilupa
DeleteTakut yer dgn masalah obesiti.bila obesi boleh dtgkan penyakir merbahaya...amalkan pemakanan yg sihat dgn diet seimbang utk mengelakkan obesiti.
ReplyDeleteBahaya obes di kalangan kanak- kanak sebab kini mereka lebih didedahkan kepada fast food
ReplyDeleteBangkit Berniaga