Kebaikan Urutan Selepas Bersalin
Sudah menjadi amalan kebanyakan ibu yang baru lepas bersalin untuk mendapatkan khidmat urut selepas bersalin, sama ada daripada tukang urut atau bidan yang mahir mengurut. Ada yang mendapatkan urutan sejurus selepas dibenarkan keluar dari hospital iaitu satu ke dua hari selepas bersalin, manakala ada juga yang menunggu sehingga seminggu selepas bersalin. Pelbagai pakej swasta untuk ibu selepas bersalin juga kini banyak menyediakan khidmat urutan ini kerana menyedari akan permintaan tinggi oleh ibu-ibu selepas bersalin. Ini kerana ramai yang mempercayai urutan selepas bersalin mampu mengembalikan kesegaran tubuh ibu selepas mengharungi fasa melahirkan bayi yang menggunakan banyak tenaga, selain mengatur kembali kedudukan urat tubuh dan peranakan yang dipercayai 'lari' daripada tempatnya akibat mengandung dan bersalin.
![]() |
Photo: tothemotherhood.com |
Antara kebaikan urutan selepas bersalin kepada ibu-ibu dalam pantang ialah;
- memberi kesegaran kepada tubuh si ibu yang lesu akibat proses mengandung dan bersalin.
- mengurangkan rasa sakit otot badan.
- mengurangkan rasa lenguh pada sendi tubuh.
- melancarkan aliran darah tubuh badan ibu.
- melancarkan aliran sistem limfatik tubuh ibu.
- melancarkan pengeluaran darah nifas yang masih berkumpul dalam peranakan.
- mengembalikan kedudukan rahim yang masih bengkak agar kembali terletak.
- mempercepatkan pemulihan badan.
- melancarkan penghasilan susu badan.
Walau bagaimanapun, ibu yang menjalani pembedahan caesarian perlu menunggu sehingga luka pembedahan sembuh terlebih dahulu sebelum mendapatkan urutan seluruh tubuh. Namun, urutan payudara untuk merangsang penghasilan susu badan tidak menjadi masalah.
Selain itu juga, sebaiknya ibu yang cenderung mengalami tumpah darah (contohnya mendapat komplikasi uri lekat ketika bersalin) adalah dinasihatkan mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu bagi memastikan urutan seluruh tubuh terutama bahagian perut dan ari-ari (suprapubic region) mendapatkan nasihat doktor bagi mengelakkan kemudaratan. Ini kerana, urutan juga boleh menyebabkan pendarahan yang banyak, apatah lagi jika diurut oleh tukang urut yang tidak berpengalaman.
Rujukan:
http://pama.karangkraf.com/famili/kebaikan-urutan-lepas-bersalin-1.198196
http://www.babycenter.in/a1047929/benefits-of-getting-massaged-after-delivery
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ingin membeli sendiri Set Bersalin Shaklee?
Klik di http://leekamalia.blogspot.com/2014/07/harga-set-bersalin-shaklee.html
Klik di http://leekamalia.blogspot.com/2014/07/harga-set-bersalin-shaklee.html
atau boleh juga
Call SMS WhatsApp 0196311031
Facebook : Kamalia Auderina Lee
Atau
" Like " dan hantar mesej ke,
Facebook Page : Natural Safe Vitamins Dietary Supplements
Facebook Page : Set Bersalin Mesra Breastfeeding
Email: leekamalia@gmail.com
No comments:
Post a Comment