Cara-cara Memasang Jag Penapis Air Shaklee: Get Clean® Water Pitcher Set Shaklee
Berikut merupakan langkah-langkah bergambar tentang cara-cara memasang jag penapis air Shaklee:Get Clean® Water Pitcher Set Shaklee daripada penyediaan blok filter, memasang housing kit sehingga kepada bacaan indicator.
![]() |
Satu set lengkap yang mengandungi jug pitcher, filter housing kit, filter dan 3 refill filter. |
A. Cara menyediakan blok filter
- Buka kotak yang mengandungi housing kit dan filter terlebih dahulu. Kotak yang mengandungi 3 refill filter boleh disimpan untuk kegunaan masa akan datang.
- Rendam filter selama lebih kurang 1 jam terlebih dahulu.
- Bilas filter yang telah direndam.
B. Cara memasang filter
- Pasang filter ke dalam housing kit seperti yang ditunjukkan.
- Pusingkan penutup housing kit sehingga terpasang kemas.
- Masukkan housing kit ke dalam reservoir (bahagian berwarna hijau) dan tekan dengan kemas.
- Naikkan tiub vent udara sehingga penuh.
- Perhatikan tanda aras air dalam bahagian penyimpan (reservoir).
- Pasangkan penutup jag.
- Indikator bacaan meter pada penutup jag sepatutnya menunjukkan "SET".
- Isikan air melalui penutup flip-to-fill. Isikan air sehingga penuh setiap kali.
- Tutup lid penutup.
- Biar air ditapis sehingga selesai.
- Semasa menuang air, tekan hujung atas pemegang jag dengan ibu jari.
Nota: Bagi memastikan bacaan meter indikator yang tepat, gunakan lid penutup flip-to-fill dan buka lid hanya untuk mengisi air. Isikan air sehingga penuh pada tanda aras air yan ditunjukkan. Bacaan meter indikator bergerak mengikut bilangan kekerapan lid penutup flip-to-fill dibuka dan ditutup.





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
atau boleh juga hubungi saya untuk konsultasi dan pembelian produk, atau untuk menyertai KEAHLIAN SHAKLEE
Call SMS WhatsApp 019-6311031
Facebook : Kamalia Auderina Lee
Facebook Page : Set Bersalin Mesra Breastfeeding
Email: leekamalia@gmail.com
No comments:
Post a Comment