Awas! Bahaya Ubat Pemutih Kulit
Baru-baru ini masyarakat, terutamanya pencinta kecantikan
gempar dengan kapsul pemutih yang digelar kapsul liang lahad. Ini kerana kapsul
yang didakwa mampu memutihkan kulit ini sebenarnya menggunakan tranexamic acid,
merupakan ubat yang digunakan di hospital untuk merawat dan menghentikan
pendarahan, contohnya dalam kes pendarahan perut.
Add caption |
Iklan terbuka
Saya sendiri pernah terjumpa iklan produk pemutih kulit yang
menggunakan tranexamic acid ini secara online di Facebook terutamanya. Iklan
tersebut secara terang-terangan menyebut bahan yang digunakan ialah tranexamic
acid. Sempat pula seller tersebut memberi amaran agar pesakit yang mengambil
ubat berkaitan pencair darah dan pesakit jantung adalah tidak disarankan
mengambil ubat tersebut.
Anehnya, walaupun dengan amaran yang seller sendiri berikan
terutama berkaitan jantung (apa-apa yang berkaitan jantung ini semua serius,
okay), terdapat berpuluh-puluh pengguna facebook yang berminat dengan produk
tersebut, membuatkan sukar untuk saya mengagak dalam fikiran mereka tentang
tahap kesedaran pengambilan ubat secara sesuka hati.
![]() |
Add caption |
Kesedaran pengguna
Mungkin latar belakang saya sebagai pengamal penjagaan
kesihatan (biarpun hanya mantan misi) telah membuatkan saya lebih celik mata tentang
bahaya ubat, namun saya tetap cuba memakai kaca mata orang awam bagi menyelami
penerimaan mereka terhadap iklan-iklan sebegini. Mungkinkah kesedaran orang
kita tentang ubat dan suplemen masih jauh rendah?
Pertama kali saya melihat perkataan ‘tranexamic acid’
dipaparkan, saya memang terkejut kerana setahu saya ubat itu hanya digunakan di
hospital dan penggunaannya pula adalah terkawal. Bagaimana pula bahan tersebut
boleh terlepas dan dengan beraninya seller mendakwa boleh suntik sendiri? Yang
saya jumpa tu jenis injection, yang dihebohkan baru-baru ini pula ialah jenis
kapsul untuk dimakan, namun bahannya tetap sama.
Setahu saya, untuk memasukkan bahan secara suntikan
memerlukan seseorang yang bertauliah dan berlesen untuk melakukannya kepada
orang awam, atau pesakit sudah belajar daripada pakar kesihatan sendiri untuk
kegunaan sendiri (contohnya menyuntik insulin). Lainlah halnya dengan ‘doktor
jadian’ ataupun penagih dadah.
Contoh tranexamic acid untuk injection yang dijual secara online untuk ptuihkan kulit |
Jadi, penjualan bahan suntikan begini terang-terang sudah
salah. Jangankan tranexamic acid, suntikan vitamin C yang popular sejak sedekad
lalu pun sebenarnya tidak mempunyai kelulusan di Malaysia.
Kesedaran masyarakat yang masih rendah dan taksub untuk
kelihatan cantik dengan cepat telah membuka peluang kepada seller pasaran gelap untuk mengaut keuntungan
tanpa memikirkan kesan kepada kesihatan pengguna.
Jadi, para pengguna, berhati-hati dengan produk kecantikan yang
ingin anda cuba, pastikan sudah diluluskan oleh KKM. Tiada cara cepat untuk
kelihatan cantik, melainkan jika anda mahu melakukan pembedahan plastic seperti
artis K-Pop! >> Cara natural untuk cerahkan kulit
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. * This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.
Betul, kalau orang yang bukan dari bidang perubatan, memang takde idea pasal ni. Jadi sepatutnya mereka perlu buat research ataupun bertanya rakan yang tahu tentang ni terlebih dahulu. Bukan terus beli sahaja.
ReplyDeletebetul tu, perlu selidik dahulu sesuatu iklan/viral/berita..malangnya masyarakat kita suka sesuatu yang cepat, tak kira la risiko tu macam mana
DeletePandai-pandai sendiri ni payah..tu pun ada juga manusia yang nak cuba..nauzubillah
ReplyDeleteJemput baca: Pendapatan Buat Para Ibu Di Rumah
sebab itu sentiasa perlu rujuk yang pakar. bukan sahaja produk, syarikat yang mengeluarkan juga perlu dipastikan established
Deletepemikiran tu kena berubah..sentiasa kena cari info ttg sesuatu produk sebelum ambil. KAdang2 masayarakat luar ni terpedaya dengan ayat manis seller. Maksudnya marketing seller tu bagus kan? Tapi, kita sendiri yang kena sedar dan ambil tahu ttg produk yang kita guna sebelum iamemudaratkan diri.. ILMU itu penting walaupun kita bukan latar belakang perubatan
ReplyDeletebudaya menyelidik dahulu memang kena ada
DeleteYa Allah..takut ooo..silap2 kena kanser tak pasal
ReplyDeletesekarang produk pemutih tumbuh bagai cendawan..kesanya cepat tapi jangka masa panjang akan memberi kesan yang memudaratkan..
ReplyDelete3 Langkah Untuk Kurus